Pelik dan tak munasabah, yang tuduh tu ada bukti ke?

Pelik dan tak munasabah, yang tuduh tu ada bukti ke? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelik dan tak munasabah, yang tuduh tu ada bukti ke?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pelik dan tak munasabah, yang tuduh tu ada bukti ke?
link : Pelik dan tak munasabah, yang tuduh tu ada bukti ke?

Baca juga


Pelik dan tak munasabah, yang tuduh tu ada bukti ke?

* Polis ada senjata pistol atau senapang. Takkah lucu bila polis bawa parang?

Polis nafi bawa parang ketika serbuan dadah di Selayang
TMI · Diterbitkan pada 1 Feb 2018 4:10PM

POLIS hari ini menafikan dakwaan kononnya membawa parang ketika melakukan satu serbuan di sebuah kondominium di Selayang pada 7 Januari lepas. 

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata tuduhan yang dibuat itu tidak munasabah dan tidak berasas sama sekali sehingga boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti polis.

"Polis ingin menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan polis ada membawa parang selain pengadu (individu yang membuat dakwaan) ini tiada di rumah tersebut semasa serbuan dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata serbuan di dalam sebuah unit kondominium itu dibuat selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan kegiatan dadah dan sewaktu serbuan, ​dua individu telah bertindak agresif dengan menendang anggota polis serta mengeluarkan kata-kata kesat semasa pemeriksaan dijalankan. 

Katanya, kedua-dua mereka telah dituduh di Mahkamah Majistret Selayang pada 23 Januari lepas mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam  menjalankan tugas.

"Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin, sebutan semula kes adalah pada 26 Februari ini. Segala tindakan yang dilakukan (polis) mengikut lunas undang-undang serta berpandukan bukti dan keterangan yang diperolehi hasil daripada siasatan yang dijalankan," kata Ali.

Baru-baru ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan lapan anggota polis yang tidak memakai uniform didakwa membawa parang ketika membuat serbuan di sebuah kondominium di Selayang pada 3 petang, 7 Januari lepas.  

Seorang daripada anggota itu dikatakan memecahkan pintu masuk selepas tidak mendapat kerjasama daripada individu yang berada di dalam rumah itu. – Bernama, 1 Februari, 2018.


Thus Article Pelik dan tak munasabah, yang tuduh tu ada bukti ke?

Itulah artikel Pelik dan tak munasabah, yang tuduh tu ada bukti ke? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pelik dan tak munasabah, yang tuduh tu ada bukti ke? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/pelik-dan-tak-munasabah-yang-tuduh-tu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelik dan tak munasabah, yang tuduh tu ada bukti ke?"

Post a Comment