Tajuk : Perbalahan Najib masuk makam Nabi: Siapa yang bercakap benar, siapa penipu?
link : Perbalahan Najib masuk makam Nabi: Siapa yang bercakap benar, siapa penipu?
Perbalahan Najib masuk makam Nabi: Siapa yang bercakap benar, siapa penipu?
Fathul: Najib benar-benar masuk makam nabi
mk - 5 Feb 2018, 3:00 pm
Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya mempertahankan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melawat makam Rasulullah di Madinah ketika mengerjakan umrah bulan lalu.
Katanya, beliau sendiri melihat perkara itu, walaupun terdapat dakwaan sebaliknya oleh seorang ustaz muda Abu Syafiq Al-Asy’ary.
“Saya melihat sendiri bahawa Datuk Seri Najib Razak masuk ke rumah Aisyah RA. Rumah Aisyah adalah tempat Nabi SAW kebumikan.
"Maka umumnya itu di kira kawasan makam,” tulis exco agama pergerakan itu di Twitter beliau.
Fathul, anak bekas mufti Perlis Mat Jahya Hussin itu, juga menggunakan tanda pagar #negarakutolakfitnah.
Beliau memuat naik kembali tulisan Abu Syarif tetapi memadam identiti penulisnya itu.
Abu Syafiq dalam tulisan itu berhujah makam Nabi Muhammad tidak pernah dimasuki oleh sesiapa pun sejak tahun 881 hijrah – hampir seribu tahun lalu.
“Dakwaan beliau tersebut tidak benar sama sekali kerana terdapat dua lapisan dinding yang menutupi Makam Sayidina Rasulullah bersama Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar.
“Kedua dinding tersebut juga tiada pintu dan tertutup rapi pada bahagian atasnya. (Rujuk Kitab Wafaul Wafa oleh Imam As-Samhudiy).
“Hakikatnya Datuk Seri Najib hanya masuk melalui pintu Saiyyidah Fatimah dan melihat kawasan ruang kain bahagian Sunduq Sandal yang ditutupi oleh kain berwarna hijau seperti beberapa VVIP lain.
"Kain hijau tersebut menyelubungi dinding luar yang kedua,” tulisnya.
Abu Syafiq ketika dihubungi Malaysiakini berkata tidak patut sekiranya Najib menggunakan makam nabi untuk tujuan politik.
"Saya cakap macam ini kerana saya tidak berpihak kepada sesiapa tetapi saya rasa tidak patut untuk Najib (memasuki makam) untuk tujuan politik,” katanya.
Pada 8 Januari lalu Najib dan rombongan mengerjakan umrah sempena lawatan kerja ke Arab Saudi atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.
Najib ketika mengerjakan umrah sempat memuat naik gambar berada di hadapan pintu makam Rasulullah.
Selain membuat ziarah makam, beliau turut berpeluang memasuki Kaabah ketika menunaikan umrah di Makkah.
Tulisan sebelum ini: Apa pulak ni?: Macam-macam cara manusia supaya diagungkan

TIDAK BENAR DAKWAAN DS NAJIB
Oleh: Ustaz Abu Syafiq 0192713781
1- DS Najib PM M'sia mendakwa bahawa dirinya memasuki bahagian dalam Maqam Rasulullah shollahu 'alaihi wasallam.
...See moreAbu Syafiq ketika dihubungi Malaysiakini berkata tidak patut sekiranya Najib menggunakan makam nabi untuk tujuan politik.
"Saya cakap macam ini kerana saya tidak berpihak kepada sesiapa tetapi saya rasa tidak patut untuk Najib (memasuki makam) untuk tujuan politik,” katanya.
Pada 8 Januari lalu Najib dan rombongan mengerjakan umrah sempena lawatan kerja ke Arab Saudi atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.
Najib ketika mengerjakan umrah sempat memuat naik gambar berada di hadapan pintu makam Rasulullah.
Selain membuat ziarah makam, beliau turut berpeluang memasuki Kaabah ketika menunaikan umrah di Makkah.
Tulisan sebelum ini: Apa pulak ni?: Macam-macam cara manusia supaya diagungkan
Thus Article Perbalahan Najib masuk makam Nabi: Siapa yang bercakap benar, siapa penipu?
Itulah artikel Perbalahan Najib masuk makam Nabi: Siapa yang bercakap benar, siapa penipu? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Perbalahan Najib masuk makam Nabi: Siapa yang bercakap benar, siapa penipu? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/perbalahan-najib-masuk-makam-nabi-siapa.html
0 Response to "Perbalahan Najib masuk makam Nabi: Siapa yang bercakap benar, siapa penipu?"
Post a Comment