Rakyat atau Rahman yang banyak duit?

Rakyat atau Rahman yang banyak duit? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rakyat atau Rahman yang banyak duit?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rakyat atau Rahman yang banyak duit?
link : Rakyat atau Rahman yang banyak duit?

Baca juga


Rakyat atau Rahman yang banyak duit?

* Dia bercakap berdsarkan atas kertas tapi hakikatnya kita, rakyat yang merasa!
Tahukah dia bukan hanya Mydin yang merungut bahkan majoriti peniaga alaminya. Cubalah turun ke lapangan

February 7, 2018
Rakyat ada wang, data sangkal kenyataan bos Mydin, kata Rahman
FMT Reporters
Rahman-Dahlan-Ameer-Ali2PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menepis kenyataan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang mengatakan rakyat tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia kukuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata bos rangkaian pasaraya itu mempunyai anggapan yang tidak betul kerana data menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara menaikkan pendapatan dan kuasa membeli rakyat.

“Prestasi ekonomi dan keadaan sesebuah negara, tidak boleh dinilai hanya daripada satu sub-sektor, seperti industri pasaraya besar sahaja.

“Penggunaan swasta terus menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia dengan peratusan sumbangan kepada KDNK sejumlah 53.2%, atau RM589.7 bilion,” kata Rahman dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ameer dalam satu temubual radio tentang kerugian yang dialami rangkaian pasaraya itu mengalami kerugian sehingga RM100 juta apabila mengambil bahagian dalam projek kerajaan, KR1M.

“Bagi perbelanjaan domestik, asasnya bagus, tetapi hypermarket dan pasar raya besar yang menguasai 50% pasaran runcit negatif.

“Saya rasa orang ramai tidak mempunyai wang,” kata Ameer.

Rahman berkata mungkin satu penyebab kemerosotan jualan yang dialami pasaraya ialah peningkatan bilangan kedai bukan pengkhususan daripada 66,920 pada 2016 kepada 73,848 tahun lepas.

“Ini merupakan satu faktor mengapa pasaraya besar mengalami kadar jualan yang perlahan, ekoran lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk membeli-belah.

“Berdasarkan data yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Negara (DOSM), jualan di pasaraya besar hanya mewakili 8% daripada keseluruhan perdagangan runcit di Malaysia.

“Atas sebab itu, jualan pasaraya tidak boleh dijadikan sebagai satu-satunya penanda aras prestasi perdagangan runcit, apatah lagi keadaan ekonomi semasa negara dan rakyat,” kata Rahman.

Beliau menambah perdagangan runcit mencatatkan pertumbuhan yang kukuh dari segi nilai dan jumlah.

“Dari segi nilai, perdagangan runcit mencatatkan pertumbuhan 2 angka untuk 3 suku tahun berturut-turut pada tahun 2017, manakala dari sudut jumlah pula, perdagangan runcit berkembang 7.8%, 11.5%, dan 10.5%, untuk suku tahun pertama, ke-2, dan ke-3 bagi tahun 2017 masing-masing.

“Perdagangan runcit pada 11 bulan pertama tahun 2017 meningkat daripada RM367.7 bilion kepada RM410.5 bilion untuk tempoh yang sama bagi tahun 2016, iaitu peningkatan sejunlah 11.6%.”

Jualan dalam talian

Menurut Rahman, kemudahan perkhidmatan membeli dan menghantar barangan secara dalam talian juga antara sebab orang ramai jarang mengunjungi pasaraya.

“Berdasarkan laporan Bancian Ekonomi 2016 yang diterbitkan DOSM, transaksi pengguna-kepada-perniagaan (B2C), mencatat nilai sebanyak RM73.7 bilion dan ia berkembang saban tahun.

“Lebih ramai pengguna membeli produk, termasuk barangan runcit asas tanpa perlu keluar rumah kerana terdapat pilihan yang lebih mudah melalui internet.”

Beliau berkata syarikat-syarikat pasaraya besar yang belum mengikuti trend itu akan kehilangan potensi besar daripada perniagaan dalam talian.


Thus Article Rakyat atau Rahman yang banyak duit?

Itulah artikel Rakyat atau Rahman yang banyak duit? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rakyat atau Rahman yang banyak duit? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/rakyat-atau-rahman-yang-banyak-duit.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rakyat atau Rahman yang banyak duit?"

Post a Comment