“Ramai orang melihat kejayaan saya sebagai ketua projek di NASA tetapi......

“Ramai orang melihat kejayaan saya sebagai ketua projek di NASA tetapi...... - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk “Ramai orang melihat kejayaan saya sebagai ketua projek di NASA tetapi......, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : “Ramai orang melihat kejayaan saya sebagai ketua projek di NASA tetapi......
link : “Ramai orang melihat kejayaan saya sebagai ketua projek di NASA tetapi......

Baca juga


“Ramai orang melihat kejayaan saya sebagai ketua projek di NASA tetapi......

Kejayaan bukannya mudah, laluan penuh ranjau - Bekas ketua projek NASA
Zaim IbrahimAstro Awani |  Februari 16, 2018 07:22 MYT
Wan Wardatul Amani ketika berkhidmat sebagai ketua projek dalam kajian SporeSat pada tahun 2014 di NASA. -Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Setiap daripada kita pastinya mempunyai cita-cita tersendiri. Akan tetapi, ada kalanya kita mudah berputus asa dek tohmahan dan perkara negatif yang membelenggu diri.

“Kita perlu sanggup bermula daripada bawah," nasihat mantan ketua projek di NASA (National Aeronautics and Space Administration) pertama di Malaysia, Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim kepada anak muda yang bercita-cita tinggi.

Mengimbas kembali pengalaman lampau, di usia 18 tahun pada 1997, beliau mengambil keputusan berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mendalami bidang sains dan teknologi dengan bekerja sebagai pencuci kanta di sebuah makmal sains.

Pengembaraan jauh dari kampung asalnya di Gelugor, Pulau Pinang dengan meninggalkan ahli keluarga nyata berbaloi.

Menurut beliau, ”Dalam Islam kita percaya, seseorang yang bermusafir mempunyai keberkatan.”

Atas semangat itu, beliau mengambil peluang tersebut untuk belajar dan menimba pelbagai pengalaman.

“Kita jangan memandang rendah terhadap diri sendiri jika bermula daripada bawah kerana daripada situ, kita mampu melangkah lebih jauh.

“Pada zaman itu, sistem internet baru sahaja muncul. Pada waktu itu juga, saya mempelajari pelbagai perisian dan berkomunikasi dengan pakar-pakar di NASA.”

Kerana sikapnya yang tidak berhenti belajar selain menonjolkan komitmen tinggi, beliau diberi peluang mengendalikan kajian Gravitat bersama pakar-pakar di NASA.

Bertitik-tolak daripada situ, akhirnya beliau diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Ketua Projek SporeSat pada tahun 2014.

“Ramai orang melihat kejayaan saya sebagai ketua projek di NASA tetapi ramai tidak tahu kesabaran dan jalan yang perlu dilalui sebelum mendapat jawatan tersebut.”

Beliau berkata, minat yang mendalam mampu menguatkan diri apabila berdepan pelbagai cabaran.

Di NASA, segala hasil kajian akan dipersembahkan kepada masyarakat umum untuk meningkatkan pemahaman sains dan teknologi kepada masyarakat.

“Saya paling suka apabila berjumpa dengan masyarakat untuk membentangkan kajian yang telah dilakukan.”

Wan Wardatul Amani kini berkhidmat sebagai pembantu profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan merupakan salah seorang jurucakap TEDxKL.


Thus Article “Ramai orang melihat kejayaan saya sebagai ketua projek di NASA tetapi......

Itulah artikel “Ramai orang melihat kejayaan saya sebagai ketua projek di NASA tetapi...... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel “Ramai orang melihat kejayaan saya sebagai ketua projek di NASA tetapi...... dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/ramai-orang-melihat-kejayaan-saya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "“Ramai orang melihat kejayaan saya sebagai ketua projek di NASA tetapi......"

Post a Comment