'Suka label orang anti-Islam macam perangai IS'

'Suka label orang anti-Islam macam perangai IS' - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Suka label orang anti-Islam macam perangai IS', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Suka label orang anti-Islam macam perangai IS'
link : 'Suka label orang anti-Islam macam perangai IS'

Baca juga


'Suka label orang anti-Islam macam perangai IS'


Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Wan Ji Wan Hussin menggesa jabatan agama Islam atau jabatan mufti memandang serius istilah 'anti-Islam' yang dilontarkan apabila berlaku percanggahan pendapat. 

Menurut ustaz muda itu, pendekatan melabel seseorang yang mempunyai perbezaan pandangan atau pendekatan sebagai anti-Islam menyerupai amalan kumpulan pengganas IS. 

 Beliau juga mendakwa istilah anti-Islam semakin digunakan dalam politik di Malaysia dan ia sering ditujukan kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP. 

 "Perbezaan pandangan atau pendekatan dalam perkara yang melibatkan Islam tidak boleh sekali-kali menuduh kalangan yang berbeza itu sebagai anti-Islam. 

"Contohnya kritikan terhadap pengurusan Tabung Haji, tidak bermakna mengkritik ibadat haji. Begitu juga apabila tidak bersetuju dengan pendekatan dilakukan oleh golongan yang menggunakan label Islam seperti PAS, tidak boleh dianggap sebagai anti-Islam. 

"Pendekatan IS ini tidak wajar berlaku dalam negara kita, Malaysia. Malahan institusi Islam ataupun mufti dalam negara wajar melihat perkara ini dengan serius dan berusaha untuk membenterasnya." katanya dalam kenyataan hari ini. 

 Dalam kenyataannya, Wan Ji turut mengambil contoh perkara yang berlaku pada ulama terkemuka dunia Dr Yusuf al-Qaradawi serta Dr Ahmad al-Raysuni dan peristiwa yang berlaku di Syria dan Iraq. 

 Katanya, kedua-dua mereka turut dituduh anti-Islam oleh IS kerana mengkritik amalan kumpulan bersenjata itu. 

 "Dari sudut modus operandi, sebelum IS mengisytiharkan kalangan yang berbeza dengan mereka boleh diperangi dan halal darahnya, selalunya mereka akan menuduh kalangan yang berbeza dengan mereka sebagai anti-Islam atau musuh Islam.  

"Di Syria dan Iraq, apabila pendekatan (kumpulan) Jabhah al-Nusrah berbeza dengan IS, walaupun Jabhah al-Nusrah itu dari kalangan Muslim, mereka telah dituduh oleh IS sebagai anti-Islam. Lebih sadis, selepas itu IS menghalalkan darah kalangan Jabhah al-Nusrah," kata Wan Ji lagi. ~ Malaysiakini


Thus Article 'Suka label orang anti-Islam macam perangai IS'

Itulah artikel 'Suka label orang anti-Islam macam perangai IS' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Suka label orang anti-Islam macam perangai IS' dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/suka-label-orang-anti-islam-macam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "'Suka label orang anti-Islam macam perangai IS'"

Post a Comment