Tak habis bising lagi dan apa tujuan?

Tak habis bising lagi dan apa tujuan? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tak habis bising lagi dan apa tujuan?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tak habis bising lagi dan apa tujuan?
link : Tak habis bising lagi dan apa tujuan?

Baca juga


Tak habis bising lagi dan apa tujuan?

Kalau ikutkan apa yang berlaku, kata-kata Liew ni betul namun apa perlunya dimarakkan api melalui media?

Bukankah perkara itu boleh dirunding dan kekusutan boleh dileraikan?
Azmin pun dah berikan jaminan, Dr. Mahathir dan Mat Sabu pun dah berikan peringatan.
Wan Azizah dah bersuara ke?

February 4, 2018
Azmin tak layak jadi pengerusi PH Selangor, kata Ronnie Liew
Mohamad Fadli
PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP menempelak Pengerusi Pakatan Harapan Selangor Datuk Seri Azmin Ali selepas beliau secara terbuka mendakwa Amanah negeri berbohong dalam isu pengagihan kerusi DUN di negeri itu.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Ronnie Liew merujuk kepada laporan media di mana Azmin dirakamkan berkata Amanah negeri tidak amanah apabila mendakwa jawatankuasa rundingan pengagihan kerusi DUN di Selangor belum dibentuk.

Azmin mendakwa parti komponen PH sudah bermesyuarat 4 kali untuk membincangkan pengagihan kerusi dan 80% kerusi sudah diputuskan.

“Jangan fikir kami semua (termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad) bodoh dan hanya kamu seorang yang bijak dan baik dalam politik,” kata Ronnie di Facebook semalam.

“Sekarang semua orang dalam PH tahu siapa kamu.”

Selain Amanah negeri, DAP Selangor berkata mereka juga tidak tahu 80% kerusi sudah diputuskan.

“Bagi saya, kamu sudah gagal teruk. Kamu tidak layak jadi pengerusi negeri kami,” kata Ronnie.

Perkelahian antara parti komponen PH tercetus selepas Amanah dan DAP negeri berkata mereka tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN di Selangor seperti yang didakwa oleh Azmin.

Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata mereka hanya menghadiri 4 mesyuarat jawatankuasa pilihan raya sahaja, yang membincangkan strategi untuk PRU14. Reaksi Amanah dan DAP itu menyaksikan serangan bertalu-talu daripada beberapa pemimpin PKR negeri.

Rundingan pengagihan kerusi DUN Selangor sepatutnya dimuktamadkan 31 Januari lalu terpaksa dilanjutkan untuk seminggu lagi berikutan pertikaian antara parti komponen.

Kemelut di Selangor mendapat teguran daripada Dr Mahathir yang berkata pertelingkahan terbuka antara parti komponen gabungan itu di Selangor mengundang publisiti buruk dan meminta semua pihak bertelingkah berhenti menyerang sesama sendiri.

Semalam, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata masalah agihan kerusi DUN Selangor tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia akan diselesaikan sesegera mungkin.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor Dr Xavier Jayakumar ketika dihubungi enggan mengulas kenyataan Ronnie itu.

“Nanti saya hubungi dia,” katanya ringkas.

Naib Ketua Pemuda PKR Razlan Jalaudin pula menegur tindakan pemimpin DAP itu kerana mengeruhkan keadaan.

“Kami tidak melayan batu api. Sepatutnya sebagai pemimpin pakatan Harapan kita perlu menjadi orang tengah sebagai pendamai.”


Thus Article Tak habis bising lagi dan apa tujuan?

Itulah artikel Tak habis bising lagi dan apa tujuan? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tak habis bising lagi dan apa tujuan? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/tak-habis-bising-lagi-dan-apa-tujuan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tak habis bising lagi dan apa tujuan?"

Post a Comment