Terdapat fakta dan bukti penipuan dlm sabitan liwat Anwar

Terdapat fakta dan bukti penipuan dlm sabitan liwat Anwar - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Terdapat fakta dan bukti penipuan dlm sabitan liwat Anwar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Terdapat fakta dan bukti penipuan dlm sabitan liwat Anwar
link : Terdapat fakta dan bukti penipuan dlm sabitan liwat Anwar

Baca juga


Terdapat fakta dan bukti penipuan dlm sabitan liwat Anwar

Terdapat bukti penipuan, Anwar mohon batalkan sabitan liwat
Bede Hong · Diterbitkan pada 8 Feb 2018 4:33PM
Anwar berkata, ada keperluan untuk “pastikan sama ada terdapat kes penipuan dalam mendapatkan fakta dan bukti." – Gambar The Malaysian Inisght oleh Najjua Zulkefli, 8 Februari, 2018

ANWAR Ibrahim hari ini memohon sabitan kesalahan liwatnya dibatalkan susulan wujudnya bukti pendakwaraya kes itu, Muhammad Shafee Abdullah menerima sogokan.

“Kami sudah berfikir lanjut. Kami dapati terdapat kes menarik untuk diperdengarkan dan ianya bukan memihak kepada saya. Kita tidak patut menolaknya,” kata Anwar kepada Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad.

Anwar berkata, ada keperluan untuk “pastikan sama ada terdapat kes penipuan dalam mendapatkan fakta dan bukti."

“Sekurangnya, benarkan kami untuk membangkitkan kes ini, untuk melihat kes… Keperluan itu perlu apabila pendakwa (didakwa) menerima sejumlah wang yang banyak. Menafikan (hak) kami bermaksud menafikan keadilan,” katanya.

Sarawak Report mengatakan wang sejumlah RM9.5 juta itu datang daripada akaun bank yang sama menyimpan wang anak syarikat 1MDB, SRC International yang meminjam sejumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Shafee, peguam yang sudah lanjut usia, kemudiannya mengadakan siri jelajah menerangkan mengenai salah laku liwat Anwar itu. 

Anwar berkata demikian berhubung permohonan yang masih tergantung di Mahkamah Rayuan setelah ianya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November lalu.

Permohonan itu bertujuan untuk mendedahkan transaksi akaun bank Shafee selain mengetepikan tuduhan terhadap Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar permohonan kerajaan untuk mengadakan perbicaraan berasingan yang difailkan Anwar pada April bagi mengetepikan tuduhan slah laku liwat atas alasan yang terdapat penipuan dalam pembuktian.

Pejabat Peguam Negara juga telah memfailkan permohonan untuk membatalkan writ saman.

Dalam permohonannya itu, Anwar berkata, kerajaan yang merupakan pendakwa utama dalam saman sivil itu sedar yang si penuduh, yakni Saiful Bukhari bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai, malah Saiful telah memberikan bukti yang salah dalam perbicaraan salah laku liwat kedua Anwar ini.

Anwar berkata yang sabitan itu diperoleh melalui keterangan palsu atau “perjured” selain kenyataan yang Saiful memberikan bukti “perjured” yang kerajaan sendiri tahu ianya palsu.

Anwar berkata, bukti palsu dalam bentuk sampel DNA telah diubah suai dan digunakan untuk menyokong tuduhan Saiful, yang mana membawa kepada sabitan terhadap Anwar.

“Saya agak terganggu dengan penghujahan awak,” kata Nik Hasmat kepada peguam Anwar, N. Surendran.

“Sama ada penipuan berlaku, kes itu hanyalah sampingan. Ianya serius. Pada dasarnya, awak mencabar proses penghakiman.

“Fokus utama adalah nampaknya adalah proses penghakiman dan pengadilan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, tapi kamu masih mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi (yang membebaskan Anwar). Ia macam selektif… dan ianya (kes liwat) telah pun melalui keseluruhan mod.

“Dan saya tak mahu cakap lebih sebab saya tak mahu disalah faham,” kata Nik Hasmat. 

Dalam hujahnya hari ini, peguam kerajaan Awang Armadajaya Awang Mahmud berkata Anwar sepatutnya menamakan Peguam Negara yang juga pendakwa raya, bukannya menamakan kerajaan.

Katanya, Perkara 145 (3) menyatakan yang Peguam Negara, bertindak sebagai pendakwa raya awam mempunyai budi bicara untuk memulakan prosiding jenayah di mahkamah sivil.

Mahkamah Rayuan telah membatalkan pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi dan memenjarakan pemimpin PKR itu pada Mac 2014 atas kesalahan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Mahkamah Persekutuan kemudiannya mengekalkan keputusan itu.

Hakim Nik Hasmat berkata keputusan akan dibuat pada 12 Mac untuk sama ada membatalkan saman Anwar itu.

“Jika beliau menyebelahi kita, maka perkara itu akan boleh dibicarakan, bersama saksi-saksi di sebelah pihak Anwar, bahawa penghakiman boleh diketepikan,” kata Surendran kepada pemberita.

“Jika ada perbicaraan, Anwar akan memanggil semua saksi yang diperlukan.”

Anwar yang dipenjarakan sejak Mac 2014 dijangka akan dibebaskan pada Jun kerana berkelakuan baik. – 8 Februari, 2018. 


Thus Article Terdapat fakta dan bukti penipuan dlm sabitan liwat Anwar

Itulah artikel Terdapat fakta dan bukti penipuan dlm sabitan liwat Anwar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Terdapat fakta dan bukti penipuan dlm sabitan liwat Anwar dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/terdapat-fakta-dan-bukti-penipuan-dlm.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Terdapat fakta dan bukti penipuan dlm sabitan liwat Anwar"

Post a Comment