Turun jalan raya jika Najib isytihar darurat'

Turun jalan raya jika Najib isytihar darurat' - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Turun jalan raya jika Najib isytihar darurat', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Turun jalan raya jika Najib isytihar darurat'
link : Turun jalan raya jika Najib isytihar darurat'

Baca juga


Turun jalan raya jika Najib isytihar darurat'


Rakyat Malaysia boleh berdemonstrasi jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan darurat untuk tidak mengadakan pilihan raya, kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Namun kata Mahathir, rakyat Malaysia biasanya kurang berani berbanding rakyat negara lain seperti Brazil dan Korea Selatan, di mana demonstrasi besar-besaran berlaku untuk mendesak pemimpin negara meletakkan jawatan atas dakwaan rasuah. 

"(Najib) mungkin boleh buat demikian (isytihar darurat) sebelum pilihan raya dan negara kita akan ditadbir ala Mageran (Majlis Gerakan Negara). 

 "Kalau ada (pengisytiharan) darurat oleh Najib, kita boleh keluar beramai-ramai setiap hari menuntut ia ditamatkan dan kembali kepada demokrasi.  

"(Tetapi) di Malaysia kita tak berani. Kita buat (himpunan) Bersih pun tak ramai yang keluar...Jika anda tak ambil risiko, anda tak akan mendapatkannya. Jadi kita kena berani," katanya pada forum di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini. 

 Beliau ditanya tentang persedian HARAPAN jika Najib menjadikan ketegangan kaum dan agama sebagai alasan untu menangguhkan pilihan raya, atau menangguhkan keputusannya. 

 "Itu sahaja yang boleh saya katakan. Rakyat perlu sokong ahli politik jika mereka mahu ahli politik itu beraja. 

 "Kami akan buat yang terbaik tetapi kami perlu sokongan rakyat," katanya lagi. 

Bagaimanapun beliau berkata Najib tidak akan berani mengekalkan kuasa melalui pengisytiharan darurat jika HARAPAN mendapat jumlah undi yang besar pada PRU ke-14. 

 Bekas perdana menteri itu juga berkata Najib tidak akan dapat mengisytiharkan darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong. 

 "Kalau Agong tak tandatangan, tak boleh ada darurat. 

 "Beliau juga perlu dapatkan sokongan dan persetujuan Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera," katanya lagi, sambil memberikan contoh kejayaan penentangan rakyat Filipina terhadap Ferdinand Marcos selepas polis dan tentera tidak lagi menyokong bekas presiden itu. 

 'Rakyat perlu mengundi' 

 Pada sidang media kemudiannya, beliau menegaskan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan kempen undi rosak oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap BN dan juga HARAPAN. 

 "Ya, ia adalah cara demokratik, termasuk tak mengundi. Kalau begitu kita juga patut boikot semuanya. Kita ada proses itu," katanya ketika diminta mengulas hujah yang mengatakan tindakan merosakkan undi juga merupakan cara yang absah dalam proses demokrasi. 

"Sebagai rakyat, kita perlu ada rasa tanggungjawab terhadap masa depan. Orang ramai perlu mengundi, buat keputusan, dan tidak merungut. 

 "Jika anda tidak mengundi, anda kehilangan hak untuk mempersoalkan kerajaan yang terbentuk (selepas PRU)," katanya menjawab soalan berkaitan gesaan agar pemimpin HARAPAN meminta maaf ekoran serangan peribadi terhadap mereka yang menyokong kempen #UndiRosak. ~ Malaysiakini'


Thus Article Turun jalan raya jika Najib isytihar darurat'

Itulah artikel Turun jalan raya jika Najib isytihar darurat' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Turun jalan raya jika Najib isytihar darurat' dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/turun-jalan-raya-jika-najib-isytihar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Turun jalan raya jika Najib isytihar darurat'"

Post a Comment