Tajuk : [Video AKAUNTAN FORENSIK,HOBART-Undang2 Mengekang BERITA PALSU & Keluar parti Pas tidak bermakna anda keluar agama] RELA bukan macai Umno.
link : [Video AKAUNTAN FORENSIK,HOBART-Undang2 Mengekang BERITA PALSU & Keluar parti Pas tidak bermakna anda keluar agama] RELA bukan macai Umno.
[Video AKAUNTAN FORENSIK,HOBART-Undang2 Mengekang BERITA PALSU & Keluar parti Pas tidak bermakna anda keluar agama] RELA bukan macai Umno.
Sabtu, 10 Februari 2018Pada tahun lepas, kita dikejutkan dengan berita individu bergelar ‘Datuk Seri’ yang bertindak mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Dalam kejadian awal pagi tersebut, anggota RELA berkenaan Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, cedera di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang.
Insiden tersebut bermula setelah mereka meminta ‘Datuk Seri’ itu mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire milik suspek yang mengganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian.
Itu hanya satu daripada banyak lagi kes kemalangan, kecelakaan atau kecederaan yang menimpa anggota RELA di seluruh negara yang jumlahnya kini lebih daripada tiga juta peserta.
Walaupun dipandang sepi berbanding pasukan polis dan tentera, hakikatnya anggota RELA turut yang ditugaskan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).
Lepas batuk di tangga
Anggota RELA juga bertugas di banyak jabatan serta agensi kerajaan antaranya sebagai menggantikan tugasan polis bantuan dalam menjaga aspek keselamatan dalam bangunan.
Justeru, kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri bawah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu menjaga kebajikan para anggota RELA secara serius dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.
Para anggota RELA tidak seharusnya dilayan seperti ‘macai’ Umno seperti cybertrooper atau pekerja picisan yang dibayar mengikut jam atau tugasan untuk memperlekehkan pembangkang.
Sebagai bekas wartawan media arus perdana, saya tahu dan cukup sedar mengenai kewujudan macai-macai dalam Umno yang kadang-kala dilayan seperti sampah dan dipinggirkan apabila misi telah selesai, bak kata pepatah – habis madu, sepah dibuang.
Antara kerja-kerja mereka ini ialah dikerah untuk meramaikan demonstrasi anjuran parti pemerintah, dibayar untuk membuat berita palsu bagi memburuk-burukkan pembangkang dan menangkis serangan pembangkang di portal-portal berita serta media sosial.
Masuk angin, keluar asap
Namun begitu, setelah BN menang pilihan raya, mereka tidak lagi berguna dan dilupakan buat sementara tanpa belas kasihan.
Mereka ini kebanyakannya dibayar mengikut tugasan atau arahan dengan kebajikan terabai, termasuk ketika dalam perjalanan mendapatkan berita, menyertai demonstrasi atau menghadiri perjumpaan sesama mereka.
Pendek kata, kalau sihat dan datang buat kerja, maka adalah upahnya dan jika keadaan sebaliknya, maka masuk angin keluar asaplah, bak kata seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Tetapi anggota RELA bukan berfungsi untuk tujuan politik, mereka bekerja menjaga keselamatan sepanjang masa dan ketika menjalankan tugas, mereka berdepan risiko yang bukan sedikit terutama dalam bentuk kemalangan, kecederaan mahupun tekanan psikologi.
Walaupun layak mendapat layanan kelas kedua di hospital kerajaan jika mendapat kemalangan ketika bertugas selain disaran mencarum dalam insurans berkelompok, kebajikan para anggota RELA seharusnya dijaga sama seperti pekerja lain oleh agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial).
Faedah KWSP, Perkeso
Jika diletakkan bawah KWSP, aspek kebajikan anggota RELA akan lebih terjaga dan meningkatkan peluang mereka mendapat kehidupan lebih baik menerusi skim-skim seperti bantuan hilang upaya dan kematian, manfaat persaraan selain mendapat dividen atas simpanan yang dibuat.
Bawah Perkeso pula, anggota RELA boleh mendapat akses kepada skim bencana pekerjaan dan skim keilatan yang antara lain menawarkan pencen ilat, bantuan ilat, pencen penakat, faedah pengurusan mayat, program ‘Return To Work’ dan faedah pendidikan.
Dengan adanya caruman KWSP dan Perkeso, kebajikan para anggota RELA terutama mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap akan lebih terpelihara dan lebih ramai rakyat negara ini yang mungkin berminat untuk menyertai RELA.
Menyedari kepentingan tersebut, kami sedang berusaha untuk memberi tekanan kepada Ahmad Zahid agar lebih memikirkan dengan lebih mendalam mengenai kebajikan anggota RELA bawah kementeriannya.
Janganlah bila dekat pilihan raya umum ke-14 (PRU14), barulah teringat mengenai nasib dan kebajikan lebih tiga juta anggota RELA tetapi lupa pula mengenai mereka untuk lima tahun seterusnya. – Roketkini.com
*Amran Ahmad merupakan Naib Pengerusi Biro Buruh DAP Kebangsaan dan bekas Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu.
*Rencana ini telah diterbitkan kali pertama di Malaysiakini.com
Thus Article [Video AKAUNTAN FORENSIK,HOBART-Undang2 Mengekang BERITA PALSU & Keluar parti Pas tidak bermakna anda keluar agama] RELA bukan macai Umno.
Itulah artikel [Video AKAUNTAN FORENSIK,HOBART-Undang2 Mengekang BERITA PALSU & Keluar parti Pas tidak bermakna anda keluar agama] RELA bukan macai Umno. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel [Video AKAUNTAN FORENSIK,HOBART-Undang2 Mengekang BERITA PALSU & Keluar parti Pas tidak bermakna anda keluar agama] RELA bukan macai Umno. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/video-akauntan-forensikhobart-undang2.html
0 Response to "[Video AKAUNTAN FORENSIK,HOBART-Undang2 Mengekang BERITA PALSU & Keluar parti Pas tidak bermakna anda keluar agama] RELA bukan macai Umno."
Post a Comment