Tajuk : [Video Dr Mahathir di majlis makan malam PPBM Perak] Mydin tak sangka KR1M akan bawa kerugian lebih RM100 juta.
link : [Video Dr Mahathir di majlis makan malam PPBM Perak] Mydin tak sangka KR1M akan bawa kerugian lebih RM100 juta.
[Video Dr Mahathir di majlis makan malam PPBM Perak] Mydin tak sangka KR1M akan bawa kerugian lebih RM100 juta.
Selasa, 6 Februari 2018Mydin tak sangka KR1M akan bawa kerugian lebih RM100 juta
Pengarah Urusan rangkaian pasar raya besar Mydin, Ameer Ali Mydin berkata syarikatnya itu bersetuju untuk menjalankan projek Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 'demi rakyat' dan atas 'tanggungjawab sosial korporat' (CSR). – Gambar Facebook, 5 Februari, 2018.
PENGARAH urusan rangkaian pasar raya besar Mydin, Ameer Ali Mydin tidak menyangka projek Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan berakhir dengan kerugian besar – lebih RM100 juta.
"Berapa sangat yang anda boleh rugi,” fikirnya ketika peringkat awal projek yang diperkenal pada 2011 itu.
Pada ketika itu, rangkaian Mydin merekodkan keuntungan antara RM50 juta hingga RM70 juta setahun, katanya.
Maka, syarikatnya itu bersetuju untuk menjalankan projek jualan runcit barangan keperluan pengguna dengan harga murah itu.
"Saya fikir niatnya sangat murni. Kerajaan mempunyai niat yang sangat murni. Kami juga berfikir dengan naif bahawa, memandangkan kami adalah pemain industri tempatan yang paling besar, kami perlu mengambil inisiatif ini,” kata Ameer.
Dalam temubual disiarkan stesen radio BFM itu, beliau berkata Mydin setuju menjalankan operasi runcit KR1M itu “demi rakyat” dan atas “tanggungjawab sosial korporat (CSR)”.
"Apa pun, ia adalah CSR untuk kami. Ia adalah satu pengajaran,” kata Ameer yang menambah, barangan terbabit dijual tanpa sebarang subsidi dari kerajaan.
Akhirnya, Mydin terpaksa menanggung kesemua kerugian terbabit. Kos yang ditanggung kerajaan pula, yang dilaporkan sehingga lebih RM100 juta, adalah melibatkan aset.
Aset tersebut termasuk kos ubah suai kedai dan rak barangan yang ditanggung oleh kerajaan. Barangan yang dijual itu pula adalah milik Mydin, jelasnya.
"Aset tersebut bukan barang jualan. Barangan tersebut kami tanggung, kos operasi kami tanggung, harga kami tanggung, kerugian kami tanggung, kos logistik juga kami tanggung. Saya hasilkan lebih RM100 juta dalam bentuk kerugian,” katanya.
Faktor utama kerugian itu adalah kos logistik yang menurutnya sangat besar – sehingga 25 peratus.
Ini kerana, KR1M meliputi kawasan luar bandar seperti di Kapit, Belaga di Sabah dan Sarawak di mana harga barangan sangat tinggi, katanya.
“Kami hantar banyak kontena ke sana dan barangan itu habis hampir serta merta,” katanya yang menjelaskan, kebanyakan produk tersebut dijual pada harga yang sama dengan harga di Semenanjung.
Wawancara itu disiarkan BFM hari ini selepas Perdana Menteri Najib Razak semalam melancarkan projek baru KR1M, dengan nama KR1M 2.0 dan dengan model bisnes baharu tanpa penyertaan Mydin.
Pada kali ini ia dilaksanakan di kedai Tunas Manja Group yang menjadi rakan kongsi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Menurut Najib, KR1M 2.0 juga tidak lagi menjual barangan yang tidak berjenama. – 5 Februari, 2018.
The Malaysian Insight.
Thus Article [Video Dr Mahathir di majlis makan malam PPBM Perak] Mydin tak sangka KR1M akan bawa kerugian lebih RM100 juta.
Itulah artikel [Video Dr Mahathir di majlis makan malam PPBM Perak] Mydin tak sangka KR1M akan bawa kerugian lebih RM100 juta. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel [Video Dr Mahathir di majlis makan malam PPBM Perak] Mydin tak sangka KR1M akan bawa kerugian lebih RM100 juta. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/video-dr-mahathir-di-majlis-makan-malam.html
0 Response to "[Video Dr Mahathir di majlis makan malam PPBM Perak] Mydin tak sangka KR1M akan bawa kerugian lebih RM100 juta."
Post a Comment