[Video Mahkamah ketepi rayuan KJ, Shafee kecewa dan terkejut] Pas hanya menjadi pemecah undi, kata ahli akademik.

[Video Mahkamah ketepi rayuan KJ, Shafee kecewa dan terkejut] Pas hanya menjadi pemecah undi, kata ahli akademik. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Mahkamah ketepi rayuan KJ, Shafee kecewa dan terkejut] Pas hanya menjadi pemecah undi, kata ahli akademik., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Mahkamah ketepi rayuan KJ, Shafee kecewa dan terkejut] Pas hanya menjadi pemecah undi, kata ahli akademik.
link : [Video Mahkamah ketepi rayuan KJ, Shafee kecewa dan terkejut] Pas hanya menjadi pemecah undi, kata ahli akademik.

Baca juga


[Video Mahkamah ketepi rayuan KJ, Shafee kecewa dan terkejut] Pas hanya menjadi pemecah undi, kata ahli akademik.

Selasa, 20 Februari 2018

Image result for Gambar Pas pemecah undi
Golongan ulamak PAS memang suka memaki hamun. Memang wajar semua menjauhinya supaya tidak menambahkan dosa ulamak PAS ini dari terus memaki hamun.
Pas hanya menjadi pemecah undi, kata ahli akademik

Pas hanya menjadi pemecah undi, kata ahli akademik

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat Pas hanya menjadi pemecah undi dalam pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, BN dijangka mendapat kelebihan apabila berlaku saingan tiga penjuru tetapi pada masa sama pengaruh Umno di sesuatu kawasan juga menjadi faktor penentu.

Beliau berkata, sejauh mana kawasan terbabit menjadi kubu kuat akan menentukan undi berpihak kepada mana-mana parti dalam pertandingan tiga penjuru di antara Umno, Pas dan Bersatu.
“Pas hanya menjadi pemecah undi. Semuanya bergantung kepada negeri mana benteng BN kuat atau kubu kuat Pas atau PKR.
“Semua bergantung juga kepada kawasan bandar, luar bandar atau pinggir bandar,” dipetik daripada akhbar Berita Harian hari ini.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Hisomuddin Bakar berpendapat pemimpin Pas berada dalam situasi delusi atau tidak rasional yang bercanggah dengan pertimbangan pengundi.
“Perkiraan pengundi tidak sebegitu. Bagi saya, ini delusi yang dialami pemimpin Pas. Mereka anggap strategi itu (Gagasan Sejahtera) diterima dan pengundi berfikir seperti mereka.
“Mereka (Pimpinan Pas) berada dalam delusi apabila menganggap bahawa jentera Pas masih lagi kuat. Dalam keadaan Pas bergabung ketika Pakatan Rakyat dan sebelum itu Barisan Alternatif, Pas dapat lonjakan kerana gabungan yang kuat, diyakini pengundi dan dibantu oleh kawan-kawan yang lain,” jelasnya.
Hisomuddin ketika ditemubual dalam slot Analisis Awani di saluran 501 Astro Awani baru-baru ini berkata, Pas yang tidak bersama secara rasmi dengan BN mahupun Pakatan Harapan tidak dapat memberikan impak kepada keputusan PRU-14.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Pas memutuskan untuk bertanding di 130 kerusi, iaitu sembilan kerusi melebihi jumlah ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Bagaimanapun, parti hijau yang memusuhi Pakatan Harapan dan pada masa sama mesra Umno-BN itu meletakkan sasaran menang paling kurang 40 kerusi Parlimen.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi dalam wawancara panjang disiarkan Mingguan Malaysia semalam berkata, jumlah minimum kerusi yang dimenangi itu menjadikan Pas mempunyai pengaruh untuk menentukan kerajaan dan mencapai matlamat perjuangan Islam.
Ahli Parlimen Marang berkenaan berkata, Pas mahu menang pilihan raya bersama Islam yang didukung sama ada menjadi kerajaan memerintah atau pembangkang yang menasihat.
Abdul Hadi turut memberitahu partinya memiliki kekuatan jentera dengan 196 kawasan daripada 222 kerusi Parlimen dan 7,053 cawangan selain calon berkaliber daripada pelbagai latar belakang.
Malaysia Dateline


Thus Article [Video Mahkamah ketepi rayuan KJ, Shafee kecewa dan terkejut] Pas hanya menjadi pemecah undi, kata ahli akademik.

Itulah artikel [Video Mahkamah ketepi rayuan KJ, Shafee kecewa dan terkejut] Pas hanya menjadi pemecah undi, kata ahli akademik. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Mahkamah ketepi rayuan KJ, Shafee kecewa dan terkejut] Pas hanya menjadi pemecah undi, kata ahli akademik. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/video-mahkamah-ketepi-rayuan-kj-shafee.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[Video Mahkamah ketepi rayuan KJ, Shafee kecewa dan terkejut] Pas hanya menjadi pemecah undi, kata ahli akademik."

Post a Comment