[Video SPR TIPU pun BN tetap KALAH] Wanita dipinggirkan di bawah pentadbiran Najib, kata Dr Mahathir.

[Video SPR TIPU pun BN tetap KALAH] Wanita dipinggirkan di bawah pentadbiran Najib, kata Dr Mahathir. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video SPR TIPU pun BN tetap KALAH] Wanita dipinggirkan di bawah pentadbiran Najib, kata Dr Mahathir., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video SPR TIPU pun BN tetap KALAH] Wanita dipinggirkan di bawah pentadbiran Najib, kata Dr Mahathir.
link : [Video SPR TIPU pun BN tetap KALAH] Wanita dipinggirkan di bawah pentadbiran Najib, kata Dr Mahathir.

Baca juga


[Video SPR TIPU pun BN tetap KALAH] Wanita dipinggirkan di bawah pentadbiran Najib, kata Dr Mahathir.

Jumaat, 2 Februari 2018

Image result for Gambar Wanita pakatan harapan

Image result for Gambar Wanita pakatan harapan
Keputusan Pakatan Harapan (PH) menamakan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) amat serasi dengan kehendak wanita.

Wanita dipinggirkan di bawah pentadbiran Najib, kata Dr Mahathir

Wanita dipinggirkan di bawah pentadbiran Najib, kata Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata menteri wanita yang berada dalam Kabinet diberi jawatan yang tidak begitu penting. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Februari, 2018.

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad mengkritik Perdana Menteri Najib Razak kerana gagal melantik lebih ramai wanita dalam Kabinet sebagai usahanya memancing pengundi wanita.
Dr Mahathir berkata menteri wanita yang berada dalam Kabinet diberi jawatan yang tidak begitu penting.
"Kita dapati mereka bertanggungjawab berkenaan masalah-masalah yang kecil, tiada kena mengena dengan ekonomi negara, pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan perdagangan seperti yang kita lihat menjadi tanggungjawab Rafidah Aziz," kata Dr Mahathir semasa ceramah mingguannya, "Policy Talk" di Facebook.
Rafidah Aziz merupakan menteri perdagangan dan industri antarbangsa antara 1987 dan 2008. Dr Mahathir jadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003.
"Ini bermakna pandangan kerajaan terhadap wanita agak merosot daripada segi kepercayaan dan kebolehan mereka sedangkan kita tahu bahawa jumlah wanita yang lebih banyak yang lulus dari universiti dengan sijil-sijil yang amat tinggi. Mustahil mereka tidak boleh tanggung kerja-kerja yang lebih kompleks daripada sekarang," kata Dr Mahathir.
Di dalam Kabinet Najib ketika ini terdapat tiga menteri wanita iaitu Nancy Shukri dan Azalina Othman Said sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, serta Rohani Abdul Karim sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Nancy dan Rohani adalah dari parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak iaitu PBB manakala Azalina dari parti utama BN, Umno.
Dr Mahathir berkata sekiranya PH berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan, pakatan itu akan meletakkan lebih ramai wanita di dalam kerajaannya.
"Kita tidak akan menghadkan diri kita kepada 30%. Kalau boleh lebih dari 30%," katanya, merujuk kepada janji Najib pada Disember lalu untuk melantik sekurang-kurangnya 30% wanita menjadi senator Dewan Negara jika BN menang dalam pilihan raya umum nanti.
Dr Mahathir berkata ramai suri rumah yang mempunyai semangat keusahawanan menjual nasi lemak dan kuih-muih bagi mendapatkan pendapatan sampingan untuk menampung kos sara hidup yang meningkat.
Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan kos sara hidup menunjukkan kesan pertumbuhan positif KDNK dan angka eksport tidak memberi manfaat kepada rakyat. Manfaat itu akan dirasai rakyat jika kewangan negara diurus dengan baik.
Dr Mahathir berkata keadaan ini tidak berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri.
"Dahulu pertumbuhan ekonomi negara membawa nikmat kepada rakyat. Ada sesuatu yang tidak kena sekarang ini.
"Kenapa pertumbuhan ekonomi tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat? Kita tanyalah sebab-sebabnya." – 1 Februari, 2018.      The Malaysian Insight. 



Thus Article [Video SPR TIPU pun BN tetap KALAH] Wanita dipinggirkan di bawah pentadbiran Najib, kata Dr Mahathir.

Itulah artikel [Video SPR TIPU pun BN tetap KALAH] Wanita dipinggirkan di bawah pentadbiran Najib, kata Dr Mahathir. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video SPR TIPU pun BN tetap KALAH] Wanita dipinggirkan di bawah pentadbiran Najib, kata Dr Mahathir. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/video-spr-tipu-pun-bn-tetap-kalah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video SPR TIPU pun BN tetap KALAH] Wanita dipinggirkan di bawah pentadbiran Najib, kata Dr Mahathir."

Post a Comment