Akhirnya siKucing liar dari Padang Rengas, datang merafak sembah Sultan Johor dan TMJ

Akhirnya siKucing liar dari Padang Rengas, datang merafak sembah Sultan Johor dan TMJ - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Akhirnya siKucing liar dari Padang Rengas, datang merafak sembah Sultan Johor dan TMJ, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Akhirnya siKucing liar dari Padang Rengas, datang merafak sembah Sultan Johor dan TMJ
link : Akhirnya siKucing liar dari Padang Rengas, datang merafak sembah Sultan Johor dan TMJ

Baca juga


Akhirnya siKucing liar dari Padang Rengas, datang merafak sembah Sultan Johor dan TMJ

* Bagus Nazri, belajarlah jadi budak baik!
Sedar diri sikit ko tu sape kepada Baginda berdua?
Kucing dan Harimau ada sama kufukah?

Nazri merafak sembah, Sultan Johor ampunkan
mk  |  Dikemaskini 15 Mac 2018, 4:55 petang
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memaafkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berhubung kemelut yang tercetus antara Nazri dan istana Johor lebih dua tahun lalu.

Ia selepas Sultan Ibrahim berkenan menerima Nazri mengadap kira-kira sejam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru tadi.

"Sebagai manusia biasa kita pasti ada buat silap. Jadi bila sedar sudah silap, cepat-cepatlah minta maaf. Jangan sampai berpecah-belah. Tambahan pula kita orang Melayu sangat beradab. Jika buat salah, datang mengadap dan mohon ampun.

"Apa jua kemelut yang berlaku sebelum ini saya sudah ampunkan dan Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) juga sudah ampunkan," titah baginda kepada Royal Press Office seperti disiarkan di laman Facebooknya hari ini.
Pada Jun 2015, Nazri memberi peringatan kepada Tunku Ismail agar tidak mencampuri urusan politik jika tidak mahu diserang kembali.

Ia ekoran titah Tunku Ismail yang dilihat mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana gagal hadir pada Nothing2hide, sebuah dialog bersama NGO berkenaan isu 1MDB.

Mereka kemudian terlibat dalam perang mulut dan menyebabkan Nazri disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan dipanggil memberi keterangan kepada polis.
Sultan Ibrahim menganggap isu tersebut sudah selesai dan memberi amaran keras agar ia tidak lagi dipanjangkan.

"Apa yang penting, kita perlu bergerak ke hadapan dan sentiasa mengutamakan perpaduan. Jangan cuba memecah-belahkan perpaduan yang sudah terbina selama ini," titah baginda.

Sementara itu, laman Facebok Johor Southern Tigers menyatakan Nazri datang mengadap untuk memohon maaf kepada Tunku Ismail.

Nazri juga meminta pandangan Sultan Johor dalam isu petadbiran negara, kata laman itu lagi.

Malaysiakini difahamkan Nazri kini dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.


Thus Article Akhirnya siKucing liar dari Padang Rengas, datang merafak sembah Sultan Johor dan TMJ

Itulah artikel Akhirnya siKucing liar dari Padang Rengas, datang merafak sembah Sultan Johor dan TMJ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Akhirnya siKucing liar dari Padang Rengas, datang merafak sembah Sultan Johor dan TMJ dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/akhirnya-sikucing-liar-dari-padang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Akhirnya siKucing liar dari Padang Rengas, datang merafak sembah Sultan Johor dan TMJ"

Post a Comment