Apa pulak cerita Mahkamah Syariah Kota Bharu dan KP SPRM ni?

Apa pulak cerita Mahkamah Syariah Kota Bharu dan KP SPRM ni? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Apa pulak cerita Mahkamah Syariah Kota Bharu dan KP SPRM ni?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Apa pulak cerita Mahkamah Syariah Kota Bharu dan KP SPRM ni?
link : Apa pulak cerita Mahkamah Syariah Kota Bharu dan KP SPRM ni?

Baca juga


Apa pulak cerita Mahkamah Syariah Kota Bharu dan KP SPRM ni?

Mahkamah Syariah Kota Bharu semak perkahwinan ketua SPRM
TMI · Diterbitkan pada 27 Mar 2018 3:15PM

Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dan pasangannya melangsungkan perkahwinan di Kota Bharu pada 24 Januari lalu. Mereka kemudian dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah sehari selepas itu kerana melanggar peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Mac, 2018

MAHKAMAH Tinggi Syariah Kota Bharu membuat semakan terhadap pendaftaran perkahwinan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (), Dzulkifli Ahmad dengan wanita yang sebelum ini didakwa ada hubungan sulit dengannya.

Dzulkefli dan pasangannya atau wakil mereka bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.

Menurut sumber mahkamah, semakan oleh Hakim Syariah Norhasney Ridhwan Hassan itu pada ketika ini tidak memerlukan kehadiran mereka.

Dzulkifli dan pasangannya melangsungkan perkahwinan di Kota Bharu pada 24 Januari lalu. Mereka kemudian dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah sehari selepas itu kerana melanggar peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan, tambah sumber berkenaan.

Menurut sumber itu, pasangan itu didenda RM250 pada 25 Januari lepas.

“Pendakwaan itu dibuat kerana pasangan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan,” kata sumber berkenaan kepada wartawan.

Tahun lalu, beberapa klip video yang mendakwa ketua pesuruhjaya SPRM itu mempunyai hubungan dengan isteri orang tersebar di Internet. Dzulkifli ketika itu tidak menafikan tuduhan berkenaan tetapi tidak juga mengesahkannya.

Beliau sebaliknya menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai "taktik kotor" yang dilemparkan terhadapnya kerana ketegasannya dan pendekatan agresif SPRM melawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Dzulkifli kemudian disiasat oleh polis di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas dakwaan memikat isteri orang untuk mengadakan persetubuhan haram, selepas tersebarnya siri klip video yang menunjukkan beliau bercuti dengan seorang wanita di Bali, Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo minggu lalu menyatakan kes terhadap Dzulkifli telah ditutup kerana tiada bukti kukuh untuk meneruskan siasatan terhadapnya.

Dalam jawapannya, Zahid berkata kertas siasatan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dua kali pada 17 Oktober dan 30 Oktober tahun lalu, tetapi dikembalikan kepada polis untuk tindakan lanjut dan kemudiannya ditutup kerana tiada bukti untuk meneruskan siasatan.

"Kertas siasatan itu dirujuk kembali kepada AG dan diputuskan bahawa pernyataan pada masa ini menunjukkan sebarang elemen di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan," kata Zahid. – 27 Mac, 2018.


Thus Article Apa pulak cerita Mahkamah Syariah Kota Bharu dan KP SPRM ni?

Itulah artikel Apa pulak cerita Mahkamah Syariah Kota Bharu dan KP SPRM ni? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Apa pulak cerita Mahkamah Syariah Kota Bharu dan KP SPRM ni? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/apa-pulak-cerita-mahkamah-syariah-kota.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Apa pulak cerita Mahkamah Syariah Kota Bharu dan KP SPRM ni?"

Post a Comment