Apakah maknanya ini.......adakah menteri cakap kosong?

Apakah maknanya ini.......adakah menteri cakap kosong? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Apakah maknanya ini.......adakah menteri cakap kosong?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Apakah maknanya ini.......adakah menteri cakap kosong?
link : Apakah maknanya ini.......adakah menteri cakap kosong?

Baca juga


Apakah maknanya ini.......adakah menteri cakap kosong?

Kerjasama BN-Pas lebih baik sebelum PRU: Timbalan Menteri
JANATUL FIRDAUS & NINA FARZUIN  -  20 MAC 2018
Datuk Seri Mohd Johari Baharum

KUALA LUMPUR - BN bukan sahaja terbuka menerima kerjasama dengan Pas, malah disifatkan lebih baik sekiranya jalinan itu berlangsung sebelum PRU14.|

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, kerjasama antara dua parti majoriti Melayu ini sewajarnya dilaksanakan sebelum menjelang pilihan raya.

“Saya nampak sekarang ni Pas dengan Umno ada banyak persamaan, malah akhir-akhir ini dilihat hubungan baik antara kedua-dua parti.

“Saya berharaplah supaya pucuk pimpinan Pas melihat perkara ini secara serius kerana sudah sampai masanya Pas dengan Umno perlu kerjasama,” katanya kepada Sinar Harian di lobi Parlimen hari ini.

Johari yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu menyifatkan sekiranya Pas dan Umno boleh menjalin kerjasama maka banyak isu-isu berkaitan kepentingan Melayu dan Islam dapat diselesaikan.

“Jadi saya haraplah supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul  Hadi Awang dapat  melihat perkara ini, begitu juga kepada seluruh ahli Pas dan Umno supaya kita berusaha menjalin kerjasama.

“Jika bukan kerjasama mungkin sekurang-kurangnya sebuah persefahaman, kalau tidak boleh bergabung pun sekurang-kurangnya kerjasama demi kepentingan orang Melayu dan Islam,” tambah Johari.

Beliau bukan sahaja terbuka menerima Pas malah sangat mengharapkan agar kerjasama antara Pas dan Umno ini dapat direalisasikan.

“Saya rasa memang kita amat mengharapkan kerjasama ini. Saya tahu sebab sudah ramai di kalangan Melayu yang saya jumpa menyatakan mereka sangat ingin melihat kerjasama antara dua parti Melayu yang terbesar ini.

“Malah akhir-akhir ini saya tengok perpecahan di kalangan orang Melayu amat jelas dan amat membimbangkan,”ujarnya.

Tambahnya, Umno dan Pas  akan memperoleh manfaat yang banyak sekiranya kedua-dua parti ini menjalin kerjasama.

“Saya rasa parti yang mewakili orang Melayu yang banyak terutama sekali di luar bandar ialah Umno dan Pas.

“Akhir-akhir ini saya nampak kemesraan antara kita bahkan saya dengan ahli-ahli Parlimen Pas pun banyak kita berunding dan boleh menerima pandangan masing-masing,” jelasnya.

Jadi Johari sangat mengharapkan kerjasama ini akan menjadi kenyataan demi Melayu dan Islam.

“Manisfesto Pas dengan BN pun tak banyak beza, perjuangan kita selari menegakkan syiar Islam,Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengambil berat berhubung perkara ini,” tegasnya.

Terdahulu, Hadi menyatakan Pas tidak menolak kerjasama dengan mana-mana parti bagi membentuk kerajaan selepas PRU14.

Katanya, perkara itu boleh direalisasikan jika konsep manifesto dibawa Pas dapat diterima oleh parti yang mahu bekerjasama dengan pihaknya.

#prusinar #aparakyatmahu


Thus Article Apakah maknanya ini.......adakah menteri cakap kosong?

Itulah artikel Apakah maknanya ini.......adakah menteri cakap kosong? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Apakah maknanya ini.......adakah menteri cakap kosong? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/apakah-maknanya-iniadakah-menteri-cakap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Apakah maknanya ini.......adakah menteri cakap kosong?"

Post a Comment