‘bangkai’, tak boleh sorok lagi

‘bangkai’, tak boleh sorok lagi - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘bangkai’, tak boleh sorok lagi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘bangkai’, tak boleh sorok lagi
link : ‘bangkai’, tak boleh sorok lagi

Baca juga


‘bangkai’, tak boleh sorok lagi

Rais Yatim kata kes Jho Low seperti ‘bangkai’, tak boleh ditutup lagi
TMI · Diterbitkan pada 18 Mar 2018 1:21PM
Rais Yatim menggesa kerajaan berhenti melindungi kes melibatkan Jho Low yang disifatkannya menjejaskan kempen Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Mac, 2018

PENASIHAT kerajaan, Rais Yatim berkata gesaannnya agar kerajaan menyiasat Jo Taek Low atau Jho Low itu dibuat kerana penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh ahli perniagaan itu kini terlalu besar.

Kes penyelewengan tersebut seperti “bangkai” yang tidak boleh diselindungkan lagi dengan mudah oleh kerajaan, kata penasihat sosio budaya itu dalam satu wawancara dengan Sinar Harian. 

Tambahnya, beliau berkata demikian kerana melihat kerajaan kini begitu berusaha untuk “membungkus” isu tersebut daripada dibincangkan.

“Apabila kita dah mengatakan jangan cakap fasal ini, Parlimen pun tak boleh cakap pasal ini, speaker Dewan Rakyat pun membuat peraturan.

“Jadi rakyat akan tanya apa sebab nak dibungkus? Boleh dikatakan satu bangkai nak ditutup dengan daun-daun kecil, daun lalang memang tak boleh,” kata Rais kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, beliau juga hanya membangkitkan isu Jho Low dan tidak sedikit pun menyentuh kepada syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Saya hanya menyebut Jho low sebab sedutan kewangan yang dia buat terlampau besar.

“Jadi bagi saya isu ini wajib disuarakan dan agar anak buah kita berani sikit berjuang. Kalau pemimpin bahagian dan cawangan tak tahu macam mana nak jawab isu ini bagaimana mereka nak berkempen pada PRU14 nanti,” soalnya.

Rais juga dalam siri kenyataannya di Twitter mendakwa anggota Kabinet dan pemimpin kerajaan “terlalu sayang” pada Jho Low sehingga beria-ia mempertahankan ahli perniagaan tersebut.

Ia bermula daripada kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak yang kapal layar mewah Equanimity yang dirampas penyiasat Amerika Syarikat bukan milik Jho Low.

Beliau turut menyelar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mohamed Nazri Aziz kerana menganggap kritikannya disebabkan rasa kecewa apabila digugurkan daripada jawatan menteri. – 18 Mac, 2018.


Thus Article ‘bangkai’, tak boleh sorok lagi

Itulah artikel ‘bangkai’, tak boleh sorok lagi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘bangkai’, tak boleh sorok lagi dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/bangkai-tak-boleh-sorok-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘bangkai’, tak boleh sorok lagi"

Post a Comment