Begini bapanya, macam mana anak tak jadi 'hantu'?

Begini bapanya, macam mana anak tak jadi 'hantu'? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Begini bapanya, macam mana anak tak jadi 'hantu'?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Begini bapanya, macam mana anak tak jadi 'hantu'?
link : Begini bapanya, macam mana anak tak jadi 'hantu'?

Baca juga


Begini bapanya, macam mana anak tak jadi 'hantu'?

Bapa penagih tetak polis untuk elak anak ditahan
Vivi Sumanti, Astro Awani |  Diterbitkan pada Mac 09, 2018 17:35 MYT
Suzaimi (gambar) berkata, polis kini masih memburu suspek yang berusia sekitar 50-an. - Astro AWANI

TANAH MERAH: Seorang anggota polis cedera akibat ditetak semasa menjalankan risikan dalam Ops Bersepadu di Kampung Bukit Capong di sini, malam tadi.

Ketua Polis Tanah Merah, DSP Suzaimi Mohammed berkata, dalam kejadian 7 malam itu, mangsa berusia 22 tahun yang bertugas di Balai Polis Gual Ipoh bersama rakan setugas dalam perjalanan menuju ke Kampung Peralla bagi membuat risikan.

"Setibanya di tepi Jalan Bukit Capong, anggota terbabit melihat lima lelaki Melayu yang disyaki sedang menjalankan urusan jual beli dadah.

''Mangsa dan rakan setugasnya berhenti untuk cuba menahan seorang pengedar dadah terbabit, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketika mangsa mahu menahan suspek, kepala mangsa tiba-tiba ditetak dengan sebilah parang dari arah belakang menyebabkan luka pada kepala, belakang badan dan jari telunjuk.

Mangsa percaya, penyerang merupakan ayah kepada suspek pengedar dadah berkenaan.

Akibat kesakitan, mangsa terpaksa melepaskan tangkapan terhadap suspek, yang juga pengedar dadah dan dia berjaya melarikan diri.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan.

Suzaimi berkata, polis kini masih memburu suspek yang berusia sekitar 50-an.

Kes disiasat di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja bagi menakut-nakutkan penjawat awam ketika menjalankan tugas.


Thus Article Begini bapanya, macam mana anak tak jadi 'hantu'?

Itulah artikel Begini bapanya, macam mana anak tak jadi 'hantu'? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Begini bapanya, macam mana anak tak jadi 'hantu'? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/begini-bapanya-macam-mana-anak-tak-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Begini bapanya, macam mana anak tak jadi 'hantu'?"

Post a Comment