Berdasarkan sejarah ini dia rahsia persempadanan semula kawasan oleh SPR

Berdasarkan sejarah ini dia rahsia persempadanan semula kawasan oleh SPR - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Berdasarkan sejarah ini dia rahsia persempadanan semula kawasan oleh SPR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Berdasarkan sejarah ini dia rahsia persempadanan semula kawasan oleh SPR
link : Berdasarkan sejarah ini dia rahsia persempadanan semula kawasan oleh SPR

Baca juga


Berdasarkan sejarah ini dia rahsia persempadanan semula kawasan oleh SPR

'BN menang besar setiap kali persempadanan'
Shakira Buang  |  Dikemaskini 31 Mac 2018, 4:38 petang
Pelaksanaan persempadanan semula kawasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya untuk menjamin kemenangan Umno-BN dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan datang.

Malah, Naib Canselor Universiti Selangor, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata setiap kali berlakunya persempadanan semula BN akan menang besar.

"Kalau kita lihat sejak dari merdeka BN paling tinggi undi popular adalah 65 peratus. Tetapi mereka terus menang dengan 80-90 peratus kerusi, bermakna undi popular tidak digambarkan dalam kerusi dan ini dibantu oleh persempadanan dan fakta menunjukkan perkara itu (persempadanan) dan oleh kerana persempadanan,” katanya dalam ucapan perasmian Seminar Nasional Maqasid Syariah 2018, Dewan Sivik Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.
Rabu lepas, usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan Dewan Rakyat setelah mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undi belah bahagian dengan menerima sokongan 129 anggota Parlimen dan 80 yang menolak.

Persempadanan baru kawasan pilihan raya yang diluluskan itu juga didakwa akan mewujudkan lebih banyak kerusi berasaskan kaum dengan mengasingkan pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Mengulas lanjut Redzuan (gambar, bawah) yang juga Timbalan pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) berkata persempadanan baru ini dibuat hanyalah berdasarkan keperluan politik.

"Dan kalau kita lihat dalam persempadanan kali ini dia dibuat begitu rupa berdasarkan kepada (keperluan) politik.
"Persempadanan 2003 membanyakkan kawasan campuran kerana kawasan ini yang memenangkan BN selepas 1999, selepas berlaku tsunami Melayu dan banyak kawasan campuran tetapi selepas 2008 kawasan campuran banyak memihak kepada Pakatan Harapan.

"Dan sebab itulah persempadanan yang dibuat kali ini ia berkelompokkan kembali di mana Melayu dengan Melayu, Cina dengan Cina supaya kawasan-kawasan DAP akan mencapai kemenangan besar berkali-kali ganda majoriti," katanya.

Bagaimanapun kata Redzuan, persempadanan yang dibuat berdasarkan pola pengundian 2013 itu tidak semestinya sama lagi.

"Persempadanan ini dibuat berdasarkan kepada pola pengundian 2013, oleh itu tidak semestinya pola pengundian 2018 sama dengan 2013.

"Sebab pada 2013 tidak ada isu 1MDB, GST dan oleh itu tidak semestinya pola itu akan berlanjutan dalam pilihan raya akan datang," katanya lagi.

* Jadi kalau begini kerja mereka dari gaji diberikan oleh rakyat dan mereka pula mengkhianati hak dan hasrat rakyat demi golongan pemerintah maka adakah tidak patut mereka dilaknati oleh rakyat?

Kerja-kerja macam ni rasanya Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman pernah lakukan. Apa komen beliau sebagai Naib Presiden Bersatu sekarang?  


Thus Article Berdasarkan sejarah ini dia rahsia persempadanan semula kawasan oleh SPR

Itulah artikel Berdasarkan sejarah ini dia rahsia persempadanan semula kawasan oleh SPR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Berdasarkan sejarah ini dia rahsia persempadanan semula kawasan oleh SPR dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/berdasarkan-sejarah-ini-dia-rahsia.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Berdasarkan sejarah ini dia rahsia persempadanan semula kawasan oleh SPR"

Post a Comment