Berderet-deret "broiler chicken" tampil cuba melindungi Jho Low

Berderet-deret "broiler chicken" tampil cuba melindungi Jho Low - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Berderet-deret "broiler chicken" tampil cuba melindungi Jho Low, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Berderet-deret "broiler chicken" tampil cuba melindungi Jho Low
link : Berderet-deret "broiler chicken" tampil cuba melindungi Jho Low

Baca juga


Berderet-deret "broiler chicken" tampil cuba melindungi Jho Low

Langkah membela Jho Low kian lucu
mk  |  Dikemaskini 2 Mac 2018, 12:36 tengah hari
Individu yang rajin mempertahankan Jho Low didakwa bertindak demikian bukan didorong oleh kesedaran atau keikhlasan masing-masing, kata seorang wartawan veteran tanah air.

Menurut Mustapha Kamil Mohd Janor tindakan pihak yang berkenaan mempertahankan ahli perniagaan kontroversi itu mempunyai motif.

Katanya, langkah itu lebih bertujuan mahu menjaga periuk nasi masing-masing dan menjadi serta tidak kena.

"Itulah sebabnya langkah mempertahankan Jho Low itu semakin hari semakin lucu jadinya.

"Dah macam budak-budak berkelahi pun ada," katanya melalui kemas kini di Facebook hari ini.
Mustapha Kamil ialah bekas pengarang kumpulan New Straits Times (NST) dan berpengalaman luas dalam pemberitaan bidang ekonomi.

Sebelum menjadi pengarang kumpulan NST, beliau pernah dilantik sebagai pengarang Business Times yang juga diterbitkan oleh syarikat yang memayungi akhbar utama negara itu.

Baca Salleh: Tiada bukti Jho Low pemilik Equanimity

Dia dilantik menjadi pengarang kumpulan NST pada pertengahan Mac 2015 namun meninggalkan syarikat berkenaan kurang daripada 16 bulan kemudian.

Mengulas mengenai penahanan kapal pesiaran mewah Equanimity di Teluk Benoa, Bali pada 28 Feb lalu Mustapha Kamil berkata setiap kali nama Jho Low disebut, berderet-deret "broiler chicken" (ayam yang ternak khusus untuk dagingnya) tampil cuba melindungi ahli perniagaan berkenaan.

Kata Mustapha dia percaya individu yang mempertahankan Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - tidak pernah pun berjumpa ahli perniagaan terbabit.

Namun kata Mustapha, walau selucu mana pun aksi yang dipamerkan individu berkenaan, yang tetap menerima aib tetaplah Malaysia.

"Kita masyhur di serata dunia oleh sebab Jho Low ini, hinggakan akhbar Chiang Rai Times di kawasan bukit-bukau sempadan Thailand dengan Laos sana pun siarkan berita kapal Jho Low itu," katanya.


Thus Article Berderet-deret "broiler chicken" tampil cuba melindungi Jho Low

Itulah artikel Berderet-deret "broiler chicken" tampil cuba melindungi Jho Low Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Berderet-deret "broiler chicken" tampil cuba melindungi Jho Low dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/berderet-deret-broiler-chicken-tampil.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Berderet-deret "broiler chicken" tampil cuba melindungi Jho Low"

Post a Comment