Dah tersebar: Versi penuh audio kerjasama PAS, Umno

Dah tersebar: Versi penuh audio kerjasama PAS, Umno - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dah tersebar: Versi penuh audio kerjasama PAS, Umno, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dah tersebar: Versi penuh audio kerjasama PAS, Umno
link : Dah tersebar: Versi penuh audio kerjasama PAS, Umno

Baca juga


Dah tersebar: Versi penuh audio kerjasama PAS, Umno

Versi penuh audio kontroversi kerjasama PAS, Umno tersebar
TMI · Diterbitkan pada 29 Mar 2018 4:19PM
Versi penuh audio 20 minit yang dikatakan suara AJK PAS Pusat Nik Mohamad Abdul Nik Aziz disebarkan melalui laman sosial Facebook malam tadi, mendedahkan kenapa PAS berpecah sehingga melahirkan Amanah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mac, 2018

VERSI penuh audio 20 minit yang didakwa memaparkan suara AJK PAS Pusat Nik Mohamad Abdul Nik Aziz disebarkan melalui laman sosial Facebook malam tadi.

Video tersebut antara lain mendedahkan punca perpecahan PAS sehingga melahirkan parti serpihannya, Amanah.

Menurut rakaman tersebut, sekumpulan pemimpin PAS membentuk satu kumpulan bertindak khas menjelang Muktamar PAS 2015.

Pasukan dinamakan Reform Tajdid Islam (RTI) itu didakwa ditugaskan untuk menyerang pemimpin dari kalangan profesional dalam PAS yang digelar sebagai "Jebon" dalam rakaman tersebut.

Serangan tersebut didakwa menyebabkan 18 pemimpin kanan PAS yang berada dalam Jawatankuasa PAS Pusat dikalahkan melalui undi dalam Muktamar 2015.

Nik Abduh bagaimanapun menafikan bahawa suara yang ditampilkan dalam rakam tersebut merupakan suaranya.

"Ada orang kata suara itu 1000% milik saya, tetapi saya menafikannya sebagaimana fitnah video Datuk Seri Anwar dinafikan beliau," kata Nik Abduh pada satu majlis penerangan di Klang baru-baru ini.

Rakaman tersebut pada awalnya disiarkan dalam lima bahagian berasingan dan didedahkan secara berperingkat-peringkat. – 29 Mac, 2018.


Thus Article Dah tersebar: Versi penuh audio kerjasama PAS, Umno

Itulah artikel Dah tersebar: Versi penuh audio kerjasama PAS, Umno Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dah tersebar: Versi penuh audio kerjasama PAS, Umno dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/dah-tersebar-versi-penuh-audio.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dah tersebar: Versi penuh audio kerjasama PAS, Umno"

Post a Comment