Tajuk : DoJ mohon batal penangguhan prosiding untuk selesai saman ‘The Wolf Street Wall’
link : DoJ mohon batal penangguhan prosiding untuk selesai saman ‘The Wolf Street Wall’
DoJ mohon batal penangguhan prosiding untuk selesai saman ‘The Wolf Street Wall’
TMI · Diterbitkan pada 3 Mar 2018 8:53PM
Barisan pelakon (dari kiri) Leonardo DiCaprio, Margot Robbie dan Jonah Hill tiba di majlis tayangan perdana file 'The Wolf of Wall Street' di Leicester Square, London pada 2014. Pengeluar filem itu terlibat dalam saman yang difailkan oleh kerajaan Amerika Syarikat. – Gambar fail EPA, 3 Mac, 2018
JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memohon untuk menangguhkan prosiding sivil berkaitan siasatannya terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi penyelesaian pampasan dengan produser filem "The Wolf of Wall Street".
Reuters melaporkan DoJ memohon pembatalan perintah penangguhan terhadap saman mereka sendiri, yang cuba merampas aset bernilai AS$ 1.7 bilion (RM6.6 bilion) yang didakwa dibeli dengan wang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Salah satu aset itu adalah hak filem 2013, yang dibintangi Leonardo DiCaprio dan dikeluarkan oleh studio Red Granite Pictures.
Studio itu diasaskan oleh Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Najib Razak.
DoJ ingin mendapatkan pembatalan penangguhan agar "penghakiman persetujuan dan penghakiman persetujuan yang dicadangkan" dapat dicapai, lapor Reuters.
Pemfailan itu dilakukan semalam tetapi tidak jelas sama ada DoJ akan meneruskan siasatan jenayah ke atas apa yang dipanggil siasatan kleptokrasi "terbesar".
Pada September lalu, studio itu mengumumkan ia "secara prinsipnya sudah mencapai penyelesaian" dengan kerajaan Amerika Syarikat, tanpa mendedahkan sebarang jumlah.
Pemfailan itu juga menyatakan penyelesaian dicapai bagi hak untuk filem "Daddy's Home" dan "Dumb dan Dumber To", yang juga dihasilkan oleh Red Granite Pictures.
Riza, Low Taek Jho dan dua yang lain dinamakan dalam saman sivil DoJ pada 2016 yang ingin merampas aset mewah, hasil seni dan hotel di AS yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB.
Kira-kira AS$731 juta didakwa diselewengkan daripada 1MDB dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Perdana menteri sebelum ini mengatakan wang berkenaan adalah sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.
Kapal layar berharga AS$250 juta bernama Equanimity, dirampas minggu lalu di perairan Indonesia sebagai sebahagian daripada siasatan.
Najib dan Low menafikan sebarang salah laku dalam skandal itu. Pihak berkuasa Malaysia juga melepaskan Najib. – 3 Mac, 2018.

Thus Article DoJ mohon batal penangguhan prosiding untuk selesai saman ‘The Wolf Street Wall’
Itulah artikel DoJ mohon batal penangguhan prosiding untuk selesai saman ‘The Wolf Street Wall’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel DoJ mohon batal penangguhan prosiding untuk selesai saman ‘The Wolf Street Wall’ dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/doj-mohon-batal-penangguhan-prosiding.html
0 Response to "DoJ mohon batal penangguhan prosiding untuk selesai saman ‘The Wolf Street Wall’"
Post a Comment