Gagal bawa Equanimity ke AS, DOJ mohon hak jaga kapal

Gagal bawa Equanimity ke AS, DOJ mohon hak jaga kapal - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gagal bawa Equanimity ke AS, DOJ mohon hak jaga kapal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gagal bawa Equanimity ke AS, DOJ mohon hak jaga kapal
link : Gagal bawa Equanimity ke AS, DOJ mohon hak jaga kapal

Baca juga


Gagal bawa Equanimity ke AS, DOJ mohon hak jaga kapal


Kecewa dengan usaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kapal persiar The Equanimity bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) terlepas dari bidang kuasa Amerika Syarikat (AS), Jabatan Keadilan (DOJ) negara itu memohon hak penjagaan (kustodian) terhadap kapal itu. 

 Menurut pemfailan DOJ semalam, yang dilihat oleh Malaysiakini, pemilik kapal layar itu "menyembunyikan Equanimity di beberapa siri lokasi asing bagi menghampakan usaha kerajaan untuk membawa aset itu ke Amerika Syarikat". 

Walaupun kapal layar itu dirampas di Bali, DOJ berkata pemiliknya memfailkan tuntutan mahkamah di Indonesia untuk mencabar rampasan berkenaan. 

 "Oleh itu, kerajaan dengan hormat memohon kepada mahkamah untuk melantik kerajaan sebagai kustodian Equanimity dan mengarahkan penuntutnya supaya menyerahkan Equanimity dimasukkan dalam jagaan kerajaan, supaya Equanimity boleh dibawa ke AS dan dilucuthakan," katanya. 

 DOJ, dalam pemfailan itu, menyatakan bahawa ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho membeli Equanimity dengan dana yang dicuri dan diseleweng dari 1MDB dan Low adalah dalang yang mencuri berbilion dolar dari 1MDB.

 Low sedang mencabar pelucuthakan itu melalui Equanimity (Cayman) Ltd, Equanimity Crew (Cayman) Ltd, Equanimity Lifestyle (Cayman) Ltd dan Equanimity Operations and Maintenance (Cayman) Ltd yang disebut sebagai penuntut dalam pemfailan itu. 

 DOJ berkata penuntut itu berusaha secara "luar biasa" untuk memastikan Equanimity tidak berada di didang kuasa kerajaan Amerika Syarikat. 

 Ini termasuk mematikan sistem penjejakan AIS untuk menjadikannya lebih sukar untuk dikesan dan mengelakkan negara-negara seperti Australia dan Singapura yang dianggap mesra dengan Washington DC. 

 Jho Low melalui jurucakap pada 28 Februari lalu dilaporkan kesal dengan rampasan asetnya kerana dibuat "tanpa sebarang pembuktian". Katanya, rampasan itu berdasarkan tuduhan salah serta bermotifkan politik. ~ sumber


Thus Article Gagal bawa Equanimity ke AS, DOJ mohon hak jaga kapal

Itulah artikel Gagal bawa Equanimity ke AS, DOJ mohon hak jaga kapal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gagal bawa Equanimity ke AS, DOJ mohon hak jaga kapal dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/gagal-bawa-equanimity-ke-as-doj-mohon.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Gagal bawa Equanimity ke AS, DOJ mohon hak jaga kapal"

Post a Comment