Generasi muda bakal warisi hutang kerajaan

Generasi muda bakal warisi hutang kerajaan - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Generasi muda bakal warisi hutang kerajaan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Generasi muda bakal warisi hutang kerajaan
link : Generasi muda bakal warisi hutang kerajaan

Baca juga


Generasi muda bakal warisi hutang kerajaan

Generasi muda bakal warisi hutang kerajaan kleptokrasi
Pada 5 Mac 2018
Matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dirangka bagi memenuhi aspirasi pembangunan dan kesejahteraan generasi muda akan datang tidak mampu dicapai tanpa reformasi pentadbiran secara menyeluruh dan telus.

Lebih membimbangkan, trend hutang kerajaan yang semakin meningkat lebih RM900 bilion saat ini selain hutang puluhan billion 1MDB akan membantutkan segala proses tranformasi nasional tersebut kata Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Reformasi tadbir urus perlu diangkat sebagai tunjang kepada landasan masa depan negara kerana keadaan ekonomi hari ini bukan sesuatu yang progresif, tetapi bakal membawa negara ke arah yang lebih regresif,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, langkah pertama ke arah pembinaan sebuah negara maju dan makmur menjelang tahun 2050 adalah memperbetulkan landasan sistem tadbir urus.

“Dengan hutang yang begitu tinggi dan pendapatan yang berkurangan, kerajaan tidak mempunyai kekuatan ekonomi untuk membangunkan aspirasi-aspirasi TN50 baik dari segi peningkatan kualiti kehidupan, pendidikan, infrastuktur dan pendapatan tinggi.

“Malahan, generasi muda dan akan datang bakal membayar hutang puluhan bilion 1MDB yang akan ditutup sedangkan hasil hutang tersebut dirompak sang penguasa di Putrajaya dan konco-konconya,” kata Faiz.

Selain itu ujarnya, kegagalan tadbir urus juga akan menyebabkan kerajaan terpaksa bergantung kepada pelbagai cukai yang dibayar rakyat terutama GST.

“Keadaan ini berlaku kerana tadbir urus lemah dan korup kerajaan terutama skandal-skandal korupsi berskala mega seperti 1MDB, Felda, MARA dan banyak lagi yang gagal diselesaikan.

“Kebergantungan kerajaan kepada sumber pinjaman KWSP menunjukkan hilangnya idea kerajaan menjana pendapatan. Justeru, kelemahan tadbir urus kerajaan 2018 tidak akan mampu mengubah negara ke arah negara maju 2050,” kata beliau.

Paling membimbangkan saat ini kata Faiz ialah kadar pengangguran di kalangan generasi muda yang semakin meningkat dari 11.7 peratus kepada 13.1 peratus pada tahun 2017.

Merujuk kepada laporan media, dianggarkan lebih 50,000 orang pekerja bakal dibuang kerja tahun ini.

“Penutupan pusat perniagaan mega seperti Giant dan kilang-kilang akan menjadikan punca pendapatan generasi muda menjadi taruhan.

“Kekurangan kantung negara juga menyebabkan kerajaan tidak mampu menawarkan pekerjaan kepada golongan mahir dan penting seperti graduan perubatan.

“Dianggarkan lebih 2000 graduan perubatan bakal menganggur setiap tahun. Secara umumnya, sekitar 54,103 daripada 238,187 graduan menganggur setiap tahun,” katanya lagi. - sumber


Thus Article Generasi muda bakal warisi hutang kerajaan

Itulah artikel Generasi muda bakal warisi hutang kerajaan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Generasi muda bakal warisi hutang kerajaan dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/generasi-muda-bakal-warisi-hutang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Generasi muda bakal warisi hutang kerajaan"

Post a Comment