Tajuk : Gesaan yang betul dan tepat
link : Gesaan yang betul dan tepat
Gesaan yang betul dan tepat
Untuk bersihkan nama, hadapkan Jho Low ke mahkamah segera
MALAYSIA DATELINE - March 3, 2018 1:09 pm
Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil berkata, selagi Jho Low tidak dihadapkan ke mahkamah di Malaysia atau di negara lain yang menyiasat skandal 1MDB, selagi itu persepsi keterlibatan Jho Low dan individu lain dalam skandal penyelewengan wang 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) akan mengukuh.
Kata Fahmi, seluruh negara malah dunia terkejut menerima berita gempar rampasan kapal mewah Equanimity bernilai RM1 bilion oleh polis Indonesia di Bali baru-baru ini.
“Berdasarkan siasatan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap skandal 1MDB, kapal mewah ini didakwa dimiliki seorang peniaga bernama Jho Low.
“Polis Indonesia berkata bahawa rampasan kapal mewah ini dibuat dengan kerjasama pihak FBI dari Amerika Syarikat, memandangkan DOJ mendakwa kapal mewah tersebut dibeli oleh Jho Low menggunakan wang yang diseleweng dari 1MDB,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Ujarnya, beliau percaya ramai rakyat Malaysia yang menerima baik berita rampasan kapal mewah ini.
“Namun, kita juga malu kerana ia menunjukkan bagaimana tindakan undang-undang berkaitan skandal 1MDB kelihatan hanya berlaku di luar negara, termasuk di Amerika Syarikat, Singapura, Luxembourg, Switzerland dan terkini Indonesia.
“Memandangkan Jho Low telah mengecam rampasan kapal mewah beliau, dan memandangkan rampasan tersebut dibuat atas dakwaan wang RM1 bilion yang diguna untuk membeli kapal mewah diseleweng dari 1MDB, Jho Low sebenarnya perlu segera pulang ke Malaysia dan membersihkan nama beliau dengan menyerah diri untuk didakwa di mahkamah di negara ini.
“Ini bermaksud Peguam Negara perlu memulakan tindakan mahkamah terhadap Jho Low dan lain-lain individu yang dipercayai terlibat dalam skandal 1MDB, tidak kira siapa atau jawatan apa yang dipegang,” katanya.
Pada masa yang sama sambung beliau, Jho Low juga wajib membersihkan nama beliau di negara-negara lain yang menyiasat skandal 1MDB, termasuk di Amerika Syarikat.
MALAYSIA DATELINE - March 3, 2018 1:09 pm
Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil berkata, selagi Jho Low tidak dihadapkan ke mahkamah di Malaysia atau di negara lain yang menyiasat skandal 1MDB, selagi itu persepsi keterlibatan Jho Low dan individu lain dalam skandal penyelewengan wang 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) akan mengukuh.
Kata Fahmi, seluruh negara malah dunia terkejut menerima berita gempar rampasan kapal mewah Equanimity bernilai RM1 bilion oleh polis Indonesia di Bali baru-baru ini.
“Berdasarkan siasatan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap skandal 1MDB, kapal mewah ini didakwa dimiliki seorang peniaga bernama Jho Low.
Fahmi Fadzil
Ujarnya, beliau percaya ramai rakyat Malaysia yang menerima baik berita rampasan kapal mewah ini.
“Namun, kita juga malu kerana ia menunjukkan bagaimana tindakan undang-undang berkaitan skandal 1MDB kelihatan hanya berlaku di luar negara, termasuk di Amerika Syarikat, Singapura, Luxembourg, Switzerland dan terkini Indonesia.
“Memandangkan Jho Low telah mengecam rampasan kapal mewah beliau, dan memandangkan rampasan tersebut dibuat atas dakwaan wang RM1 bilion yang diguna untuk membeli kapal mewah diseleweng dari 1MDB, Jho Low sebenarnya perlu segera pulang ke Malaysia dan membersihkan nama beliau dengan menyerah diri untuk didakwa di mahkamah di negara ini.
“Ini bermaksud Peguam Negara perlu memulakan tindakan mahkamah terhadap Jho Low dan lain-lain individu yang dipercayai terlibat dalam skandal 1MDB, tidak kira siapa atau jawatan apa yang dipegang,” katanya.
Pada masa yang sama sambung beliau, Jho Low juga wajib membersihkan nama beliau di negara-negara lain yang menyiasat skandal 1MDB, termasuk di Amerika Syarikat.
Thus Article Gesaan yang betul dan tepat
Itulah artikel Gesaan yang betul dan tepat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Gesaan yang betul dan tepat dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/gesaan-yang-betul-dan-tepat.html
0 Response to "Gesaan yang betul dan tepat"
Post a Comment