Hujah Dr Kamarul: Bernas dan ‘powerful’ pada pandangan pemimpin PAS ini

Hujah Dr Kamarul: Bernas dan ‘powerful’ pada pandangan pemimpin PAS ini - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hujah Dr Kamarul: Bernas dan ‘powerful’ pada pandangan pemimpin PAS ini, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hujah Dr Kamarul: Bernas dan ‘powerful’ pada pandangan pemimpin PAS ini
link : Hujah Dr Kamarul: Bernas dan ‘powerful’ pada pandangan pemimpin PAS ini

Baca juga


Hujah Dr Kamarul: Bernas dan ‘powerful’ pada pandangan pemimpin PAS ini

Memang hujahnya bernas dan ‘powerful’, kata Hanipa
MALAYSIA DATELINE  -  March 25, 2018 12:00 pm
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menempelak kenyataan seorang pemimpin Pas yang katanya pernah menghadiahkan kepada isterinya sebuah kereta Audi Q7 itu, bahawa hujah seorang ahli akademik yang pro parti itu sebagai bernas.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali berhubung forum membincangkan Tun Mahathir Mohamad anjuran Sinar Harian baru-baru ini.

Rakaman forum berkenaan tular di media sosial menonjolkan panelis forum, Dr Kamarul Zaman Yusoff bersikap sangat tidak selesa dengan kemunculan Tun Mahathir pada program tersebut.

Kata Hanipa, beliau pelik apa kaitan kebernasan hujah ahli akademik tersebut apabila beliau sibuk menyebut tarikh-tarikh kematian adik beradik Tun Mahathir.

Katanya lagi, apabila ahli akademik itu berkata bahawa dahulu Tun Mahathir sendiri mahu YB Pagoh menjadi Perdana Menteri (PM), beliau juga tidak nampak apa kebernasan hujah seperti itu.

“Pertamanya, takkanlah Tun nak calonkan diri dia sendiri sebagai PM. Keduanya, pencalonan Tun sekarang pun bukan daripada Tun tapi dari Pakatan Harapan (PH). Sudah tentulah PH nampak Tun ada ‘merits’ (kelebihan) yang lebih daripada orang lain.

“Mungkin juga hujah orang kuat 1MDB dulu juga dilihat bernas oleh pemimpin parti suci ini. Sebab tu barangkali hanya perlu dua jam je untuk puaskan hati,” tulis Hanipa dalam Facebooknya.

Jelasnya, ahli akademik tersebut sebelum ini juga pernah bersa tidak puas hati dengan buku yang ditulis oleh Speaker Dun Selangor yang kononnya ada kaitan dengan agenda Kristian.

“Mungkin bagi anggapan pemimpin yang bela ahli akademik itu, hujah ahli akademik tentang buku YB Speaker tu juga amat bernas.

“Tidak mustahil juga hujah tolak saman DoJ oleh Presiden parti suci atas alasan campur tangan asing juga dianggap bernas dan ‘powerful’ seperti kuasa kuda,” sindir beliau.

Kata Hanipa lagi, beliau sempat menonton video ahli akademik berkenaan berbicara sebelum dan selepas Tun Mahathir hadir di program berkenaan.

“Kesian juga nampak dia duduk ke depan dan ke belakang berkali-kali bila Tun M ada kat depan dia. Adakah itu mungkin cara orang berhujah dengan bernas dalam forum?

“Tak pe lah dia rasa bernas walaupun ahli akademik tu nampak sangat rimas bila Tun muncul di depan dia,” katanya.


Thus Article Hujah Dr Kamarul: Bernas dan ‘powerful’ pada pandangan pemimpin PAS ini

Itulah artikel Hujah Dr Kamarul: Bernas dan ‘powerful’ pada pandangan pemimpin PAS ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hujah Dr Kamarul: Bernas dan ‘powerful’ pada pandangan pemimpin PAS ini dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/hujah-dr-kamarul-bernas-dan-powerful.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hujah Dr Kamarul: Bernas dan ‘powerful’ pada pandangan pemimpin PAS ini"

Post a Comment