Husam cabar Nik Abduh nafi suara dalam rakaman audio miliknya

Husam cabar Nik Abduh nafi suara dalam rakaman audio miliknya - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Husam cabar Nik Abduh nafi suara dalam rakaman audio miliknya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Husam cabar Nik Abduh nafi suara dalam rakaman audio miliknya
link : Husam cabar Nik Abduh nafi suara dalam rakaman audio miliknya

Baca juga


Husam cabar Nik Abduh nafi suara dalam rakaman audio miliknya

Husam meminta pimpinan Pas menyiasat kesahihan rakaman
audio tersebut sama ada ia benar atau sebaliknya. 
KOTA BHARU: Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa mengakui rakaman audio yang tular di media sosial mendakwa Ahli Parlimen Pas Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz menerima sejumlah wang dari UMNO, berpunca darinya. 

 Pada masa sama, bekas naib presiden Pas itu mencabar Nik Mohamed Abduh supaya menafikan suara dalam rakaman audio tersebut adalah miliknya. 

Katanya, beliau juga bersedia disaman oleh wakil rakyat Pasir Mas itu sekiranya dakwaannya salah. 

 "Saya mengesahkan rakaman yang diposting itu rakaman serupa saya. Sepatutnya dia saman lah. Tak boleh ugut saja. 

 "Saya tak nak bercakap sahaja, kerana sebelum ini dah berpuluh kerajaan Pas nak saman saya, (tetapi) sampai ke hari ini, saman tak ada," kata Husam. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dua rakaman audio yang tersebar di media sosial yang dikatakan suara milik Nik Mohamed Abduh. 

Rakaman tersebut berkisar soal perbincangan bersama seorang lagi individu mengenai dakwaan menerima wang dari UMNO serta mengenai kerjasama dengan UMNO pada pilihan raya di Sarawak. 

 Bagaimanapun, Nik Mohamed Abduh menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut menerusi akaun Facebook miliknya sambil menyifatkan ia satu fitnah terhadap dirinya. 

 Pendedahan terbaru Husam itu bertujuan meminta supaya pimpinan Pas menyiasat kesahihan rakaman tersebut sama ada ia benar atau sebaliknya. 

Husam menjelaskan beliau masih mempunyai baki rakaman audio berkenaan yang akan didedahkan satu masa nanti. ~ Astroawani


Thus Article Husam cabar Nik Abduh nafi suara dalam rakaman audio miliknya

Itulah artikel Husam cabar Nik Abduh nafi suara dalam rakaman audio miliknya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Husam cabar Nik Abduh nafi suara dalam rakaman audio miliknya dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/husam-cabar-nik-abduh-nafi-suara-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Husam cabar Nik Abduh nafi suara dalam rakaman audio miliknya"

Post a Comment