Husam: Pakar London siasat suara 'ambil duit Umno'

Husam: Pakar London siasat suara 'ambil duit Umno' - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Husam: Pakar London siasat suara 'ambil duit Umno', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Husam: Pakar London siasat suara 'ambil duit Umno'
link : Husam: Pakar London siasat suara 'ambil duit Umno'

Baca juga


Husam: Pakar London siasat suara 'ambil duit Umno'


 Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan difahamkan audio rakaman yang dikatakan mirip seorang pemimpin PAS yang bercakap tentang pembiayaan daripada Umno telah dihantar ke London untuk dianalisis. 

 Pengerusi HARAPAN Kelantan, Husam Musa berkata siasatan itu dilakukan seorang profesor yang pakar dalam bidang siasatan fonetik atau pengecaman suara bernama Allen Hirson. 

 "Saya difahamkan audio ini telah dihantar ke makmal City Universty di London, dikaji oleh seorang profesor di sana. Seorang pensyarah bahagian fonetik, bernama Allen Hirson 

"Dia telah mengendalikan 1,100 kes di mahkamah berkaitan dengan mengecam suara orang," katanya dalam ceramah di Kota Bharu, malam semalam. 

 Pada Februari lalu, klip audio di media sosial yang didakwa sebagai 'bukti' penyaluran wang oleh Umno kepada PAS menjadi tular. 

 Rakaman selama seminit 18 saat itu mendakwa PAS meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan PAS. 

 Antara lain, wang berkenaan adalah untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak dan untuk menjatuhkan DAP. 

 Mengulas lanjut, Husam berkata, pada 30 April depan audio tersebut akan dibawa ke mahkamah di London pula bagi menentukan kesahihan pemilik suara tersebut susulan kajian dibuat oleh Hirson. 

 "Jadi insya-Allah, kita di sini tak perlu bergaduh dan akan dibawa ke mahkamah di London pada 30 April akan datang. Bukan saya yang bawa, orang lain. Saya tolong bagitahu saja. 

 "Saya cam suara dia (Nik Abduh) sejak kecil lagi, secara saintifik kita boleh hantar ke makmal," jelasnya. 

 Sementara itu, versi penuh audio tersebut disebar di media sosial antara lain mendedahkan beberapa pimpinan PAS mengambil wang daripada Umno selain suara yang dikatakan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa mempunyai hubungan dengan pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat. 

 Beberapa nama turut dipetik dalam rakaman audio itu termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dan menantu Abdul Hadi, Zaharuddin Muhammad. 

 Ketika petikan pertama rakaman itu disebarkan baru-baru ini, Nik Abduh sudah membuat penafian. 

 Katanya, dakwaan berkenaan adalah "karut, mengarut dan fitnah" terhadap dirinya serta PAS. ~ Malaysiakini

Komen al-Husseyn :


وَقُل جاءَ الحَقُّ وَزَهَقَ الباطِلُ 

Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap”.

Mana mau lari puak-puak yang perasan diri mereka suci selama ini? Sedikit demi sedikit kepalsuan mereka Allah dedahkan kepada kita semua.

Kebenaran pasti akan datang dan menang sedangkan kebatilan pasti akan lenyap.Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

إِنَّ الباطِلَ كانَ زَهوقًا 
Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Kebathilan memang ditakdirkan akan lari dan hilang.

Dan lenyaplah kebathilan itu, iaitu akan surut dan binasalah kebatilan itu; kerana sesungguhnya hal yang batil itu tidak akan dapat bertahan dan tidak dapat kekal bersama dengan adanya perkara yang hak.

Lebai Rusila akan lenyap... Nik Abduh akan lenyap... Pan-Malaysian Islamic Party juga akan lenyap... Inna lillahi wa inn ilaihi Rojiuun...


Thus Article Husam: Pakar London siasat suara 'ambil duit Umno'

Itulah artikel Husam: Pakar London siasat suara 'ambil duit Umno' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Husam: Pakar London siasat suara 'ambil duit Umno' dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/husam-pakar-london-siasat-suara-ambil.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Husam: Pakar London siasat suara 'ambil duit Umno'"

Post a Comment