Ini pula onar DUN Kelantan berkaitan soalan Husam

Ini pula onar DUN Kelantan berkaitan soalan Husam - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ini pula onar DUN Kelantan berkaitan soalan Husam, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ini pula onar DUN Kelantan berkaitan soalan Husam
link : Ini pula onar DUN Kelantan berkaitan soalan Husam

Baca juga


Ini pula onar DUN Kelantan berkaitan soalan Husam

Husam dakwa empat soalan ditolak Dun Kelantan
ZIKRI ABDULLAH  -  March 27, 2018 6:54 pm
Adun Salor, Husam Musa (dua dari kanan) mendakwa soalan bertulis beliau untuk persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan bermula semalam ditolak tanpa sebab.

“Empat soalan bertulis saya kemukakan kepada Yang Amat Berhormat Ustaz Datuk Bentara kanan Menteri Besar tidak ada di meja saya pada hari pertama semalam.

“Bila saya tiba di dewan hari ini hanya tiga dari empat soalan yang saya kemukakan ada jawapannya manakala satu lagi hilang,” katanya di persidangan hari kedua dan terakhir pagi ini.

Soalan yang tidak dijawab itu menurut Husam adalah berkaitan senarai kes-kes saman yang dihadapi kerajaan negeri serta anak-anak syarikat milik kerajaan.

“Juga berkaitan berapa kos yang terpaksa ditanggung pihak kerajaan berkitan kes-kes tersebut.

Apa yang pelik kata beliau ialah apabila saya bertanya kepada pejabat setiausaha dewan semalam, beliau berkata jawapannya masih ada di atas meja Timbalan Menteri Besar.

“Saya membangkitkan perkara ini berdasarkan peraturan dewan no.28 yang menghendaki pihak kerajaan mengemukan jawapan kepada semua soalan ahli dewan dan jika ahli tidak berpuashati mereka boleh meminta jawapan itu dibuat semula.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan sebelum dewan dibubarkan kerana ini untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau turut menimbulkan semula kelulusan Tanah di hutan simpan Mukim Kuala Pahi, Daerah Mengkebang yang dikatakan diberi kepada tiga syarikat yang dimiliki oleh orang yang sama.

“Saya ingin tahu kalau benar kayu kayan yang ada di situ mahu dikeluarkan bagaimanakah kerajaan membuat penilaian dan pihak manakah akan menguruskannya,” soal beliau.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dalam jawapannya berkata rangka jawapan itu tidak kena mengena dengan pejabanya.

“Pejabat saya hanya menyediakan jawapan berkaitan hal Tanah dan bukannya senarai kes-kes nahkamah,” katanya.

Mengenai Hutan Simpan Kuala Pahi beliau berkata belum ada kelulusan kepada mana-mana syarikat berkaitan kawasan tersebut.

Pihak kerajaan hanya meluluskan kepada pihak yakin dan tiada kuasa untuk membuat kelulusan kepada syarikat.

“Sehingga ini pihak kerajaan belum membuat apa-apa keputusan dan syarikat mana yang dapat sama sekali tidak berbangkit,” katanya.

* Yang peliknya kenapa soalan berada di atas meja Nik Amar? Takkan nak sorok?
Mulut gedeber, rupanya pengecut!


Thus Article Ini pula onar DUN Kelantan berkaitan soalan Husam

Itulah artikel Ini pula onar DUN Kelantan berkaitan soalan Husam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ini pula onar DUN Kelantan berkaitan soalan Husam dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/ini-pula-onar-dun-kelantan-berkaitan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ini pula onar DUN Kelantan berkaitan soalan Husam"

Post a Comment