Jika BN tumpas, ini janji Anwar

Jika BN tumpas, ini janji Anwar - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jika BN tumpas, ini janji Anwar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jika BN tumpas, ini janji Anwar
link : Jika BN tumpas, ini janji Anwar

Baca juga


Jika BN tumpas, ini janji Anwar

Anwar janji 'bebaskan' SPR jika HARAPAN menang
mk  |  Dikemaskini 31 Mac 2018, 3:50 petang
Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebuah badan yang benar-benar bebas jika Pakatan Harapan (HARAPAN) menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ketua Umum PKR itu turut berikrar akan memansuhkan undang-undang antiberita palsu yang dijangka diluluskan di Dewan Rakyat tidak lama lagi.

"HARAPAN akan menubuhkan suruhanjaya pilihan raya yang benar-benar bebas dan memansuhkan undang-undang antiberita palsu. Saya menggesa rakyat Malaysia untuk keluar beramai-ramai dan mengundi untuk menyingkirkan BN daripada kuasa," kata Anwar yang masih menjalani hukuman penjara dalam satu kenyataan.

Menyentuh mengenai persempadanan pilihan raya yang baru dibentangkan di parlimen, Anwar berkata ia adalah perkara serius yang perlu dibincang dan dibahaskan selama beberapa minggu.

Bagaimanapun, katanya, usul itu dibuat secara tergesa-gesa melalui proses yang hanya mengambil masa selama dua jam.

"Ini bukanlah amalan persempadanan semula yang sah dan mengikut undang-undang, tetapi perbuatan gerrymandering yang jelas tidak berperlembagaan.

"Ia juga merupakan pengakuan bahawa BN akan kalah dalam pilihan raya umum jika menggunakan persempadanan lama," katanya.

Anwar juga mengkritik rang undang-undang antiberita palsu yang tergesa-gesa dibentangkan di Dewan Rakyat dengan menyifatkannya sebagai 'langkah terdesak'.

Beliau berkata BN mahu undang-undang baru itu digubal untuk menghalang kritikan terhadap skandal 1MDB serta skandal rasuah lain yang dikaitkan dengan parti kerajaan.

"Dalam menolak rang undang-undang antiberita palsu, BN jelas mensasarkan golongan muda, yang akan menjadi mangsa utama undang-undang ini. Berita palsu atau berita yang salah boleh ditangani dengan undang-undang fitnah.

"Bolehkah kita biarkan pencuri yang telah mencuri wang berbilion milik orang awam memutuskan apa yang palsu?" soalnya.

Perbahasan rang undang-undang antiberita palsu akan diteruskan di Dewan Rakyat pada hari Isnin.

Pembangkang dan pengamal undang-undang berpendapat definisi berita palsu dalam rang undang-undang itu terlalu kabur dan terdedah kepada penyalahgunaan.


Thus Article Jika BN tumpas, ini janji Anwar

Itulah artikel Jika BN tumpas, ini janji Anwar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jika BN tumpas, ini janji Anwar dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/jika-bn-tumpas-ini-janji-anwar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jika BN tumpas, ini janji Anwar"

Post a Comment