Jika MP tidak boleh tanya di Parlimen takkan kita nak tanya di warung kopi?

Jika MP tidak boleh tanya di Parlimen takkan kita nak tanya di warung kopi? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jika MP tidak boleh tanya di Parlimen takkan kita nak tanya di warung kopi?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jika MP tidak boleh tanya di Parlimen takkan kita nak tanya di warung kopi?
link : Jika MP tidak boleh tanya di Parlimen takkan kita nak tanya di warung kopi?

Baca juga


Jika MP tidak boleh tanya di Parlimen takkan kita nak tanya di warung kopi?

* Betullah kot kata orang, bila lama sangat berpolitik menjadikan makin bodoh?

Gesa Pandikar letak jawatan, MP DAP sedia digantung
mk  |  Dikemaskini 13 Mac 2018, 2:21 petang
Tiga anggota parlimen DAP bersedia dikenakan tindakan termasuk digantung daripada sesi parlimen kerana menggesa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletakkan jawatan.

Ini berikutan kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad yang mencadangkan mereka dikenakan tindakan kerana membuat gesaan itu.

"Jika mereka (BNBBC) hendak ambil tindakan termasuk menggantung kami sebagai anggota parlimen hanya kerana kami cuba tegakkan kebenaran, jadi biarlah," kata anggota parlimen Taiping, Nga Kor Ming dalam sidang media di parlimen hari ini.

Hadir sama dalam sidang media itu anggota parlimen Batu Gajah, V Sivakumar dan anggota parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin.

Pada 7 Mac lalu, Nga, Sivakumar dan Anggota Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham menuntut Pandikar meletakkan jawatan kerana menolak usul berhubung isu rampasan kapal mewah milik ahli perniagaan, Jho Low di Indonesia dan soalan berkaitan 1MDB.

Mereka juga mahu Dewan Rakyat meluluskan usul menyegerakan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung 1MDB dan menyatakan jumlah hutang 1MDB yang dijamin kerajaan.

Mengulas lanjut Nga, menyoal BNBBC di manakah tempat sewajarnya bagi mereka selaku anggota parlimen pembangkang mahu membangkitkan soalan kepada kerajaan.

"Dewan Rakyat merupakan tempat untuk menegakkan kebenaran dan di bawah doktrin pengasingan kuasa.

"Sebagai ahli Dewan Rakyat yang dipilih adalah tanggungjawab kami untuk menyemak, mengimbang kuasa eksekutif yang dilakukan kerajaan sekiranya ada apa-apa penyelewengan rasuah. Parlimen adalah tempat untuk mendapatkan jawapan.

"Saya ingin bertanya kepada BNBBC jika MP tidak boleh tanya di Parlimen tak akan kita nak tanya di warung kopi untuk mendapatkan jawapan khususnya skandal raksasa 1MDB?" soalnya.

Kapal The Equanimity dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia di Benoa, Bali, minggu lalu.

Pemfailan mahkamah oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat mendakwa kapal itu dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih AS$250 juta yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.


Thus Article Jika MP tidak boleh tanya di Parlimen takkan kita nak tanya di warung kopi?

Itulah artikel Jika MP tidak boleh tanya di Parlimen takkan kita nak tanya di warung kopi? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jika MP tidak boleh tanya di Parlimen takkan kita nak tanya di warung kopi? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/jika-mp-tidak-boleh-tanya-di-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jika MP tidak boleh tanya di Parlimen takkan kita nak tanya di warung kopi?"

Post a Comment