Kena tunggu laporan rasmi dululah Husam oii...!

Kena tunggu laporan rasmi dululah Husam oii...! - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kena tunggu laporan rasmi dululah Husam oii...!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kena tunggu laporan rasmi dululah Husam oii...!
link : Kena tunggu laporan rasmi dululah Husam oii...!

Baca juga


Kena tunggu laporan rasmi dululah Husam oii...!

* Bukankah SPRM hanya akan siasat sekiranya ada laporan rasmi
Jadi adakah perkara ini sudah dibuat laporan kepada SPRM?

SPRM boleh cari saya: Husam
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN  -  7 MAC 2018
Husam Musa

KOTA BHARU - Naib Presiden Amanah, Husam Musa bersedia memberi maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pemberian kontrak projek Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang mencurigakan.

Adun Salor itu berkata, sumber yang memberi  maklumat kepadanya  itu juga bersedia memberi keterangan di mahkamah nanti.

"Sumber-sumber’ itu telah menyimpan kemas dokumen yang dikatakan hilang ketika siasatan awal dilakukan.

"Saya boleh dihubungi oleh SPRM untuk mendapatkan nama  yang telah bersedia tampil demi  kesejahteraan rakyat Kelantan," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Beliau mengulas kenyataan  Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Kelantan Datuk Hanifa Ahmad dalam sidang media semalam yang menyatakan AKSB akan membuat siasatan dalaman bagi mencari dalang yang membocorkan dokumen projek Skim Bekalan Air Merbau Condong Fasa II (Pakej I) kepada pihak luar.

Hanifa yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah AKSB  berkata, siasatan itu akan bermula hari ini bagi mencari jawapan bagaimana dokumen tender projek bernilai RM27.1 juta itu bocor.

Dalam pada itu, Husam berkata, dakwaan bahawa kontrak yang diberikan kepada syarikat  Cdah Construction Jangka Prestasi JV Sdn Bhd lebih awal daripada pendaftaran diperkukuhkan dengan penjelasan Hanifa semalam.

"Cuma Hanifa cuba memberikan helah bagi kejadian itu berlaku iaitu syarikat itu dalam proses pendaftaran. Syarikat berkenaan telah memohon kebenaran untuk tujuan itu selepas mereka dianugerahkan projek itu.

"Kita akan melihat sama ada alasan ini adalah satu percubaan putar belit dan menutup kesalahan itu atau ianya sah dan benar," katanya.

Beliau dalam masa yang sama berkata, bagi mengukuhkan  maklumat yang diberikan itu,  AKSB telah melakukan siasatan dalaman bagi memburu pegawai-pegawainya  yang disyaki membocorkan maklumat itu.

"Pemburuan ini sepatutnya dikutuk oleh rakyat Kelantan yang cintakan pentadbiran yang bersih dan amanah.

"Tindakan Kerajaan Kelantan ini membuktikan mereka secara terbuka sanggup melindungi perbuatan curang," katanya.

Husam sebelum ini mendedahkan surat tawaran tender projek diberikan kepada Cdah Construction Jangka Prestasi JV pada 22 Januari 2015 sedangkan ketika itu syarikat berkenaan masih belum didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan AKSB dengan menyatakan syarikat terbabit hanya menukar nama.


Thus Article Kena tunggu laporan rasmi dululah Husam oii...!

Itulah artikel Kena tunggu laporan rasmi dululah Husam oii...! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kena tunggu laporan rasmi dululah Husam oii...! dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/kena-tunggu-laporan-rasmi-dululah-husam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kena tunggu laporan rasmi dululah Husam oii...!"

Post a Comment