Laporan: SPRM mula siasat kes akaun pengarah Bukit Aman

Laporan: SPRM mula siasat kes akaun pengarah Bukit Aman - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Laporan: SPRM mula siasat kes akaun pengarah Bukit Aman, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Laporan: SPRM mula siasat kes akaun pengarah Bukit Aman
link : Laporan: SPRM mula siasat kes akaun pengarah Bukit Aman

Baca juga


Laporan: SPRM mula siasat kes akaun pengarah Bukit Aman


 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat kes pembekuan akaun Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd oleh pihak berkuasa Australia. 

 Menurut laporan The Sun, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata siasatan dibuat susulan laporan yang dibuat seorang pemberi maklumat semalam. 

"Pada mulanya kita mendengar tentang kes ini dan tidak boleh terus membuat tindakan. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kami menghormati  siasatan dalaman polis dan kenyataan oleh timbalan perdana menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi). 

"Kami akan mengambil kira perkara itu dan dengan maklumat baru yang kami terima daripada pemberi maklumat semalam, kami akan mulakan siasatan secepat mungkin," katanya seperti dipetik. 

 Beliau enggan mendedahkan identiti pemberi maklumat itu yang dilindungi bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. 

 Azam berkata pegawai siasatan SPRM akan pergi ke Bukit Aman dan berhubung degan polis Australia bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kes itu.

 "Kes ini berlaku di Australia pada 2016. Maka kami perlu mendapatkan maklumat berkaitan daripada polis persekutuan Australia dan pihak berkuasa negara itu," katanya lagi. 

 Beliau meminta orang ramai memberikan ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan tidak membuat spekulasi berkenaan perkara itu. 

Pada 2 Mac lalu, akhbar Australia Sydney Morning Herald melaporkan pembekuan akaun Wan Ahmad dengan jumlah lebih A$320,000 (RM971,800) kerana disyaki mempunyai wang yang dicuci atau hasil daripada kegiatan jenayah. 

 Azam dilaporkan berkata SPRM menghormati siasatan polis yang membersihkan Wan Ahmad daripada sebarang kesalahan berkaitan perkara itu tetapi akan memulakan siasatan jika laporan rasmi dibuat kepada mereka. ~ Malaysiakini


Thus Article Laporan: SPRM mula siasat kes akaun pengarah Bukit Aman

Itulah artikel Laporan: SPRM mula siasat kes akaun pengarah Bukit Aman Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Laporan: SPRM mula siasat kes akaun pengarah Bukit Aman dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/laporan-sprm-mula-siasat-kes-akaun.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Laporan: SPRM mula siasat kes akaun pengarah Bukit Aman"

Post a Comment