MCA bakal ‘tutup kedai’ di Perak?

MCA bakal ‘tutup kedai’ di Perak? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MCA bakal ‘tutup kedai’ di Perak?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MCA bakal ‘tutup kedai’ di Perak?
link : MCA bakal ‘tutup kedai’ di Perak?

Baca juga


MCA bakal ‘tutup kedai’ di Perak?

Warga Felda bangkit, MCA bakal ‘tutup kedai’ di Perak
Pada 19 Mac 2018
oleh RoketKini
Kehadiran memberangsangkan ribuan warga Felda Besout 1, Tanjung Malim ke ceramah mega Pakatan Harapan (HARAPAN) yang berlangsung baru-baru ini membuktikan Felda bukan lagi tempat selamat UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Meskipun kawasan Felda sebelum ini sering dianggap sebagai ‘deposit tetap’ Barisan Nasional (BN), sambutan hangat penduduk dalam Siri Jelajah Felda itu juga dianggap sebagai pengukur penerimaan warga Felda kepada HARAPAN.

Fenomena luar biasa yang ditunjukkan di Felda Besout ini juga sekaligus sebagai petunjuk awal penolakan masyarakat Melayu kepada MCA yang sebelum ini memberi kepercayaan kepada parti tersebut.

Antara tokoh pimpinan HARAPAN yang ditampilkan pada malam tersebut ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Mohamad Sabu dan pimpinan negeri.

Ketika berucap, Mahathir menzahirkan rasa bersyukur dengan kehadiran ramai warga peneroka yang prihatin dengan keadaan politik dan ekonomi negara.

Menurutnya, urus tadbir negara yang buruk pada masa ini menyebabkan pembangkang perlu berkempen awal sebelum pilihan raya.

“Kalau dulu kita tunggu pilihan raya diisytihar, baru kita berkempen. Kenapa? Kita prihatin dan sedar akan masalah negara kita. Kita nak betulkan keadaan negara ini,” kata beliau.

Parlimen Tanjung Malim mempunyai 64,499 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 53 peratus pengundi Melayu, 27 peratus Cina dan 14 peratus India.

Pada PRU13, calon MCA-BN Datuk Seri Ong Ka Chuan memenangi Parlimen Tanjung Malim dengan majoriti sebanyak 4,328 undi berbanding calon dari PKR Tan Yee Kew yang mendapat 23,897 undi.

Majoriti yang diperolehi Ong tersebut bagaimana pun mencatatkan penurunan berbanding pilihan raya 2008 apabila memperoleh 5,422 undi. – Roketkini.com

Kredit foto: FB Dr Wan Azizah Wan Ismail
Tonton video kat sini


Thus Article MCA bakal ‘tutup kedai’ di Perak?

Itulah artikel MCA bakal ‘tutup kedai’ di Perak? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MCA bakal ‘tutup kedai’ di Perak? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/mca-bakal-tutup-kedai-di-perak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MCA bakal ‘tutup kedai’ di Perak?"

Post a Comment