Ni dah melampau dah ni, dah masuk episod baru geganasan?

Ni dah melampau dah ni, dah masuk episod baru geganasan? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ni dah melampau dah ni, dah masuk episod baru geganasan?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ni dah melampau dah ni, dah masuk episod baru geganasan?
link : Ni dah melampau dah ni, dah masuk episod baru geganasan?

Baca juga


Ni dah melampau dah ni, dah masuk episod baru geganasan?

6 ditahan rancang serang rumah ibadat, culik dan bunuh polis
TMI · Diterbitkan pada 24 Mar 2018 7:35PM
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata kesemua lelaki berkenaan ditahan oleh Bahagian Menentang Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi yang dijalankan pada 27 Februari hingga 15 Mac lepas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Mac, 2018

ENAM lelaki warga tempatan antara tujuh individu yang ditahan dipercayai terlibat dalam rancangan melancarkan serangan rumah ibadat bukan Islam dan menculik serta membunuh anggota polis. 

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata kesemua lelaki berkenaan ditahan oleh Bahagian Menentang Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi yang dijalankan pada 27 Februari hingga 15 Mac lepas. 

Menurutnya, dua lelaki yang berusia 49 tahun dan seorang lagi berusia 30 tahun ditahan di Johor pada 27 Februari lepas. Kesemua mereka merancang untuk melarikan diri ke sebuah negara jiran dan mendapat perlindungan daripada kumpulan pengganas negara tersebut selepas melancarkan serangan.

Katanya suspek pertama bekerja sebagai juruteknik syarikat swasta dan merupakan perancang utama serangan ke atas rumah-rumah ibadat bukan Islam di Johor Bahru, Johor selain aktif merekrut anggota-anggota baharu kumpulan pengganas dalam kalangan rakyat tempatan.

"Suspek kedua, bekerja sebagai pengawal keselamatan yang berperanan sebagai penasihat bagi sel berkenaan. Suspek bertindak memastikan anggota-anggota sel ini menjaga kerahsiaan semua aktiviti mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek turut mengeluarkan arahan bunuh kepada mana-mana anggota sel yang membocorkan rahsia mereka, katanya.

Manakala, suspek ketiga yang berusia 30 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan yang berperanan menguruskan pembelian senjata api dari sebuah negara jiran selain telah melakukan peninjauan ke atas rumah-rumah ibadat bukan Islam di sekitar Johor Bahru, Johor untuk dijadikan sasaran.

Susulan itu, operasi yang dijalankan pada 28 Februari hingga 1 Mac membawa kepada tangkapan tiga lagi lelaki daripada anggota sel yang sama di Johor. 

Suspek keempat yang berusia 25 tahun bekerja sebagai pelayan cafe dan telah menerima arahan daripada suspek pertama dan ketiga untuk menculik dan membunuh anggota polis.

Manakala dua lagi suspek bekerja sebagai tukang cuci di Singapura turut ditahan pada 1 Mac lepas.  

"Suspek berusia 23 tahun bertindak sebagai orang perantaraan dalam urusan jual beli senjata api. Manakala, seorang lagi suspek berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan polis," katanya.

Sementara itu, Fuzi berkata seorang lelaki warga Filipina dipercayai pakar peranti peledak yang diperbaiki (IED) berusia 31 tahun ditahan di Sabah. 

Menurutnya, suspek itu juga turut disenaraikan sebagai orang dilkehendaki oleh pihak berkuasa Filipina kerana terlibat dalam kes penculikan untuk tebusan (KFR) dan beberapa siri percubaan membunuh selain merancang melancarkan serangan di Sabah dan menjadikan negeri itu sebagai tempat persembunyian bagi anggota pengganas dari Filipina.

Katanya suspek juga merupakan anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan anggota kanan kepada Furuji Indama (Ketua kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group di Basilan, Selatan Filipina). 

Beliau berkata lelaki itu turut mempunyai hubungan dengan rakyat Malaysia yang telah menyertai kumpulan Daesh di Selatan Filipina, Dr Mahmud Ahmad.

"Kesemua suspek yang ditangkap disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA - Kesalahan Berkaitan dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747)," katanya. – Bernama, 24 Mac, 2018 


Thus Article Ni dah melampau dah ni, dah masuk episod baru geganasan?

Itulah artikel Ni dah melampau dah ni, dah masuk episod baru geganasan? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ni dah melampau dah ni, dah masuk episod baru geganasan? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/ni-dah-melampau-dah-ni-dah-masuk-episod.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ni dah melampau dah ni, dah masuk episod baru geganasan?"

Post a Comment