Penutupan 1MDB: Kenyataan Media Perti Amanah Negara

Penutupan 1MDB: Kenyataan Media Perti Amanah Negara - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penutupan 1MDB: Kenyataan Media Perti Amanah Negara, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penutupan 1MDB: Kenyataan Media Perti Amanah Negara
link : Penutupan 1MDB: Kenyataan Media Perti Amanah Negara

Baca juga


Penutupan 1MDB: Kenyataan Media Perti Amanah Negara

KENYATAAN MEDIA PEMUDA PARTI AMANAH NEGARA

KENAPA PAS TIDAK KATA PENUTUPAN 1MDB SELEPAS HABIS BAYAR HUTANG TIDAK REALISTIK

1. Kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bahawa tawaran Pakatan Harapan untuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak realistik menunjukkan halatuju PAS sekarang yang menyokong dasar regresif dan zalim pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional. Setelah perlaksanaan GST lebih 2 tahun ini, harga barang melonjak naik yang begitu membebankan rakyat. PAS sebaliknya gagal memberikan tawaran yang realistik bagi mengatasi bebanan rakyat akibat GST.

2. Ironinya, dalam pada masa yang sama PAS tidak pula mendakwa hasrat kerajaan untuk menutup 1MDB selepas pinjaman selesai dibayar tidak realistik, walaupun menyedari bahawa hutang 1MDB ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Terbaru, kerajaan dikatakan terpaksa berhutang RM2 bilion untuk membeli semula projek Exchange 106 di TRX daripada  Mulia Group. Bukankah penutupan 1MDB selepas langkah-langkah rasionalisasi 1MDB melibatkan wang rakyat?

3. Di samping itu, 1MDB bukan sahaja melibatkan bebanan hutang puluhan bilion ringgit, tetapi juga ia adalah isu skandal penyelewengan wang negara hampir RM20 bilion yang kini menjadi subjek siasatan di seluruh dunia termasuk oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat. Bukankah penutupan 1MDB tanpa penjenayah-penjenayah yang menyeleweng wang 1MDB termasuk Jho Low dan MO1 didakwa merupakan satu langkah menyelamatkan mereka daripada gerigi besi Sungai Buluh?

4. Sikap membisu PAS dalam isu 1MDB menunjukkan ketidakprihatinan mereka terhadap masalah bebanan hidup rakyat kerana skandal mega ini memberikan kesan kepada nilai mata wang negara yang menyebabkan kenaikan harga barang dan kesusutan hasil negara. Akibatnya, kerajaan terpaksa mengenakan GST bagi menampung kekeringan kantung negara disebabkan oleh ketirisan wang negara akibat skandal-skandal penyelewengan terutama 1MDB. Sikap PAS yang  mempertahankan GST dan skandal 1MDB adalah signal jelas bahawa PAS tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat.

FAIZ FADZIL
TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH NASIONAL

12 MAC 2018

Pautan Rasmi: http://ift.tt/2pep492


Thus Article Penutupan 1MDB: Kenyataan Media Perti Amanah Negara

Itulah artikel Penutupan 1MDB: Kenyataan Media Perti Amanah Negara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penutupan 1MDB: Kenyataan Media Perti Amanah Negara dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/penutupan-1mdb-kenyataan-media-perti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penutupan 1MDB: Kenyataan Media Perti Amanah Negara"

Post a Comment