Tajuk : Perlaksanaan Syariah Islam : Pentingnya melakukan Ijtihad baru
link : Perlaksanaan Syariah Islam : Pentingnya melakukan Ijtihad baru
Perlaksanaan Syariah Islam : Pentingnya melakukan Ijtihad baru
Oleh Ahmad Muslim Badawi Badawi
Tadi baca laporan Malaysia-Today memetik kenyataan wanji, berkenaan "hukuman bunuh" di bawah Kesalahan Hudud bagi mereka yang Murtad di dalam enakmen Syariah PAS sepatutnya digugur.. bagi aku pandangan dan saranan ini tepat.. bukan sahaja melibatkan hukuman bunuh bagi kesalahan Murtad..malah hukuman rejam bagi kesalahan Zina bagi mereka yang sudah berkahwin..
Banyak perbahasan Ulama Mutaakhir ini tentang status Hadis tersebut samada melibatkan sanad dan matan dia.. samada kita bersetuju atau tidak.. biarlah ia diperbahaskan dalam kalangan mereka yg ahli dalam ilmu hadis..
Tanpa kita mempertikaikan status Hadis ini pun, dalam konteks Ijtihad dalam perlaksanaan, proses Taqnin..sewajar kita menolak hukuman sebegini.. sebab hadis2 ini perlu di fahami dalam konteks yg betul.. bila perbahasan Fiqh, teks dalam Kitab Feqah kita guna pakai dalam proses perlaksanaan hukum, Undang2 dan proses Taqnin tanpa memahami konteks sebenar Hadis..ia bakal mengundang fitnah Kepada Islam dan Nabi itu sendiri..
Dalam beberapa keadaaan bila banyak tafsiran dan kupasan teks klasik kitab Fiqh.. ia akhirnya banyak disalah tafsir Ummat islam hari ini, lalu digunakan sebagai senjata dan alat parti2 Politik..sebagaimana mereka mentafsirkan perkataan "jamaah" di dalam Hadis dan dinisbahkan dgn parti dan pemimpin mereka.. lalu menghukum aqidah muslim yg berbeza dgn depa..
Disinilah penting nya Mufti, Ulama untuk berani menolak hukuman2 sebegini diangkat sebagai Undang2..
Pentingnya melakukan Ijtihad baru dalam perlaksanaan Syariah Islam dan tidak terikat dgn perbahasan kitab2 lama.. Begitu juga tafsiran tentang Asnaf2 Zakat..bukan sibuk dok bincang pasal Pokemon mahupun Nelofa..
Kalau dibiarkan.. mungkin tak lama lagi, kesalahan bagi anak yang tak solat pada umur 10 tahun, dengan hukuman rotan, mungkin akan dilperkenalkan dibawah kesalahan enakmen Jenayah Syariah ciptaan PAS.. sebab nya ada Hadis Nabi merwayatkan tentang hukuman rotan pada anak yang tidak solat.. puak ni bukan boleh kira sangat.. :)
Thus Article Perlaksanaan Syariah Islam : Pentingnya melakukan Ijtihad baru
Itulah artikel Perlaksanaan Syariah Islam : Pentingnya melakukan Ijtihad baru Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Perlaksanaan Syariah Islam : Pentingnya melakukan Ijtihad baru dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/perlaksanaan-syariah-islam-pentingnya.html
0 Response to "Perlaksanaan Syariah Islam : Pentingnya melakukan Ijtihad baru"
Post a Comment