'Respons Rakyat' jangka BN menang PRU14 - Bernama Radio

'Respons Rakyat' jangka BN menang PRU14 - Bernama Radio - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Respons Rakyat' jangka BN menang PRU14 - Bernama Radio, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Respons Rakyat' jangka BN menang PRU14 - Bernama Radio
link : 'Respons Rakyat' jangka BN menang PRU14 - Bernama Radio

Baca juga


'Respons Rakyat' jangka BN menang PRU14 - Bernama Radio

* Tak tahulah ini propa ker tulin......
Macam-macam kaji selidik yang dilakukan oleh banyak badan pengkajiselidik. Semuanya kita boleh baca dan tapi keputusannya hanya boleh diketahui dalam PRU14 nanti.
Banyak kajian untuk menyedapkan hati pemimpin dan penyokong yang kekadang tu bawa rebah bila dah overconfident

Kaji selidik 'Respons Rakyat' jangka BN menang PRU14
mk  |  Dikemaskini 23 Mac 2018, 10:09 pagi
Barisan Nasional (BN) dijangka menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), demikian menurut kaji selidik ‘Respons Rakyat’ yang dijalankan Bernama Radio baru-baru ini.

Kaji selidik yang dilaksana pada Februari dan Mac itu menunjukkan parti yang dijangka memenangi pilihan raya itu, Barisan Nasional mendahului dengan 37 peratus diikuti Pakatan Harapan (32 peratus) dan tidak pasti (31 peratus).

Sebanyak 44.2 peratus responden menyatakan ciri-ciri parti politik yang disokong adalah mereka yang mampu memelihara agama, bangsa dan negara.

Jujur, amanah dan bersih daripada rasuah adalah kriteria utama responden dalam memilih calon pilihan raya dengan kajian itu mendapati 54.4 peratus responden mahukan calon sedemikian manakala 35.8 responden mahukan calon yang berjiwa dan mesra rakyat serta turun padang.

Kajian itu membabitkan 1,050 responden daripada pelbagai peringkat umur yang layak mengundi, jantina, kaum, penduduk bandar dan luar bandar serta pelbagai latar belakang pekerjaan.

Menurut kajian itu, faktor penentu dalam mengundi calon pilihan raya, 33.8 peratus responden memilih parti politik berbanding personaliti calon (26.7 peratus).

Mengenai pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), 45 peratus responden sangat setuju dan berharap ia diteruskan kerana mampu mengurangkan kos sara hidup.

BR1M diperkenalkan kerajaan sejak 2012 antaranya bertujuan meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah dan membantu meringankan bebanan kos sara hidup golongan tersebut.

Penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan mendapat bantuan berjumlah RM1,200, penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 (RM900), serta penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah (RM450).

Sama ada ‘berita’ yang disiarkan media sosial boleh mempengaruhi mereka dalam membuat pilihan pada PRU14 nanti, 47 peratus responden sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.


Thus Article 'Respons Rakyat' jangka BN menang PRU14 - Bernama Radio

Itulah artikel 'Respons Rakyat' jangka BN menang PRU14 - Bernama Radio Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Respons Rakyat' jangka BN menang PRU14 - Bernama Radio dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/respons-rakyat-jangka-bn-menang-pru14.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "'Respons Rakyat' jangka BN menang PRU14 - Bernama Radio"

Post a Comment