Tajuk : RoS perlu jelaskan sebab penangguhan pemilihan Umno, kata peguam
link : RoS perlu jelaskan sebab penangguhan pemilihan Umno, kata peguam
RoS perlu jelaskan sebab penangguhan pemilihan Umno, kata peguam
PEGUAM kepada Dr Mahathir Mohamad mencabar Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk mendedahkan kebenaran di sebalik kelulusan permohonan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti itu ke 2019.
Semalam, Pengarah RoS Surayati Ibrahim berkata penangguhan itu termaktub dalam Fasal 10.17 perlembagaan parti Melayu itu.
Katanya Umno menetapkan 19 April, 2019 sebagai tarikh pemilihan parti.
Haniff Khatri Abdulla berkata Umno masih terikat dengan perlembagaan parti untuk mengadakan pemilihan sebelum 19 April tahun ini, apabila penangguhan 18 bulan sudah tamat.
Tambahnya, tiada penjelasan diberikan berhubung mengapa Umo masih diberikan penangguhan 12 bulan.
"Saya ingin menampilkan cabaran sahih kepada pihak RoS untuk dedahkan kepada orang awam seperti mana yang RoS sering suka lakukan bila berkaitan parti-parti politik lain selain Umno," katanya.
Menurutnya, terdapat empat persoalan yang perlu dijawab oleh RoS:
- Bilakah "permohonan untuk penangguhan pemilihan lanjut dari 19.04.2018 ke tarikh 19.04.2019" itu telah dibuat oleh Umno kepada RoS?
- Apakah tarikh sebenar kelulusan usul majlis tertinggi Umno berkaitan keperluan "permohonan untuk penangguhan pemilihan lanjut dari 19.04.2018 ke tarikh 19.04.2019" itu dilakukan, seperti mana ianya sewajibnya dimaklumkan kepada RoS dalam permohonan itu?
- Atas peruntukan / Fasal mana dalam Perlembagaan yang dikatakan RoS bahawa "permohonan untuk penangguhan pemilihan lanjut dari 19.04.2018 ke tarikh 19.04.2019" itu adalah kononnya sah dan terpakai?
- Jikapun, "permohonan untuk penangguhan pemilihan lanjut dari 19.04.2018 ke tarikh 19.04.2019" itu sebenar-benarnya wujud sebelaum dari tarikh kenyataan RoS pada hari ini, maka kenapakah ianya tidak diumumkan oleh Umno mahupun dimaklumkan oleh RoS kepada orang awam?
Sekiranya, RoS tidak membuat pendedahan perlu terhadap kesemua empat persoalan yang ditampilkan maka terbuktilah bahawa RoS adalah satu lagi agensi awam yang menjadi alat dan jentera salah guna kuasa Umno, yang bertujuan semata-mata untuk selamatkan kerajaan Najib Razak," katanya.
Fasal 10.17 membenarkan penangguhan 18 bulan berbanding tiga tahun yang dibenarkan dalam Fasal 9.3, memberikan peruntukan masa 56 bulan antara pemilihan parti terakhir dan seterusnya.
Pemilihan terakhir parti itu diadakan pada 19 Oktober, 2013.
RoS berkata Umno telah menetapkan 19 April, 2019 sebagai tarikh pemilihan parti.
Haniff sebelum ini berkata RoS perlu menggesa semua parti politik untuk mengadakan mesyuarat mereka pada masanya, sebagaimana yang ditetapkan perlembagaan parti masing-masing.
Katanya Umno boleh diisytiharkan tidak sah sekiranya RoS mengenakan piawaian "ketat" sebagaimana yang dikenakan ke atas pembangkang. – 6 Mac, 2018. ~ Themalaysianinsight
Thus Article RoS perlu jelaskan sebab penangguhan pemilihan Umno, kata peguam
Itulah artikel RoS perlu jelaskan sebab penangguhan pemilihan Umno, kata peguam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel RoS perlu jelaskan sebab penangguhan pemilihan Umno, kata peguam dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/ros-perlu-jelaskan-sebab-penangguhan.html
0 Response to "RoS perlu jelaskan sebab penangguhan pemilihan Umno, kata peguam"
Post a Comment