Rupa-rupanya, sebahagian pemimpin Pas mentekedarah duit Umno

Rupa-rupanya, sebahagian pemimpin Pas mentekedarah duit Umno - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rupa-rupanya, sebahagian pemimpin Pas mentekedarah duit Umno, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rupa-rupanya, sebahagian pemimpin Pas mentekedarah duit Umno
link : Rupa-rupanya, sebahagian pemimpin Pas mentekedarah duit Umno

Baca juga


Rupa-rupanya, sebahagian pemimpin Pas mentekedarah duit Umno


 Meskipun dikenali sarat humor ketika lantang berceramah tetapi Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya apabila menyebut tentang adanya pemimpin Pas menerima duit daripada Umno.

 Spontan berkata mahu melempar mikrofon yang sedang diguna, beliau tidak menyangka sebahagian pemimpin Pas telah dibeli oleh Umno ketika ahli parti ditekankan tentang nilai perjuangan. 

 “Kita semua bertungkus-lumus menderma kepada parti, berjuang menang atau kalah kita ditarbiyahkan untuk sentiasa istiqamah dalam perjuangan. 

“Rupa-rupanya, sebahagian pemimpin Pas mentekedarah duit Umno. Hey, aku lempar mikrofon ni karang!” tegasnya dalam ceramah sempena Jelajah Pakatan Harapan Kedah di Parlimen Jerai malam tadi.

 Lautan penduduk Jerai membanjiri tapak ceramah Jelajah PH di Guar Chempedak malam tadi. 

 Menurut bekas Timbalan Presiden Pas itu, penyebaran rakaman suara dipercayai Nik Abduh Nik Aziz yang sedang tular pada masa ini amat mengecewakannya yang berjuang dalam parti tersebut selama 38 tahun. 

“Rupa-rupanya, Umno memainkan peranan memecahkan Pas dengan menggunakan wang. Inilah pendedahan yang dibuat oleh Nik Abduh bila dia bertengkar dengan menantu Presiden Pas. 

 “Menantu Presiden Pas datang bertanya kepadanya. Dia (Nik Abduh) jelaskan. Dalam tape yang panjangnya 20 minit, Nik Abduh menerangkan memang sebahagian pemimpin Pas terima duit Umno. 

 “Terang-terang diulang tiga kali dalam tape itu. Kita guna duit Umno untuk halau ‘jebo’n dari Pas,” katanya. 

 Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) berkenaan memberitahu gelaran ‘jebon’ itu merujuk kumpulan yang antaranya terdiri daripada dirinya sendiri, Datuk Mahfuz, Dr Hatta, Husam Musa, Khalid Samad dan Hanipa Maidin 

“Ertinya, projek memecahkan Pas datang daripada duit Umno. Inilah tape yang sedang beredar di seluruh negara sekarang. 

 “Kami ke sana ke mari pergi Johor, Negeri Sembilan. Johor dulu nak kembangkan Pas (amat payah). Kadang penceramah lima orang, yang dengar tiga orang. 


“Tapi kita sabar, kita terus sehinggalah Pas berkembang. Bila Pas berkembang nak kalahkan Barisan Nasional, ada pemimpin-pemimpin Pas dibeli oleh Umno,” ucapnya lantang. 

 Mengulas penafian Nik Abduh, beliau menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas tersebut supaya tampil mengaku dan bertaubat memandangkan rakaman audio itu sedang dianalisa di luar negara. 

 “Tunggu. Tape ini sedang dianalisa pusat suara antarabangsa. Kemungkinan tape ini akan digunakan dalam perbicaraan saman Sarawak Report yang akan berjalan di London nanti. 

 “Lebih baik kamu mengaku dan bertaubat. Senang,” ujarnya di hadapan lebih 5,000 peserta di Dataran Guar Chempedak. 

Sehubungan itu,Mohamad menyeru ahli Pas walaupun kekal dalam parti itu supaya tidak lagi mengundi parti mereka sendiri selain tentunya Umno-BN.

 “Oleh itu, ahli-ahli Pas di Jerai, di seluruh Kedah duduk dalam Pas tak mengapa. Jangan undi Pas. Jangan undi Barisan Nasional,” katanya lagi.


Thus Article Rupa-rupanya, sebahagian pemimpin Pas mentekedarah duit Umno

Itulah artikel Rupa-rupanya, sebahagian pemimpin Pas mentekedarah duit Umno Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rupa-rupanya, sebahagian pemimpin Pas mentekedarah duit Umno dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/rupa-rupanya-sebahagian-pemimpin-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rupa-rupanya, sebahagian pemimpin Pas mentekedarah duit Umno"

Post a Comment