RUU anti berita palsu dalih kerajaan

RUU anti berita palsu dalih kerajaan - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk RUU anti berita palsu dalih kerajaan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : RUU anti berita palsu dalih kerajaan
link : RUU anti berita palsu dalih kerajaan

Baca juga


RUU anti berita palsu dalih kerajaan

SITI FATIHAH AWANG  - 24 MAC 2018
Hazmi Hassan

KOTA BHARU - Kerajaan pusat didakwa cuba mengalih isu dengan membincangkan mengenai Rang Undang-undang anti berita tidak benar, daripada mengulas mengenai salah guna kuasa yang diperkatakan banyak pihak.

Ketua Pemuda Amanah, Kelantan Hazmi Hassan berkata, sudah bertahun-tahun BN menggunakan media sebagai medium untuk menyebarkan berita tidak benar dan fitnah.

“Kini Umno mahu berlagak suci dengan membawa RUU ini kerana takut segala keburukan dan kegagalan dalam mentadbir negara dibincang semasa kempen PRU14 nanti.

“Rakyat sudah nampak dengan jelas tujuan RUU ini, iaitu tidak lebih untuk menutup ruang kritikan terhadap isu 1MDB dan juga isu Felda,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menyifatkan pembangkang seolah-olah ‘kelam kabut’ apabila kerajaan mahu menggubal undang-undang tersebut.

Malah pembangkang juga seharusnya memberi peluang kepada kerajaan untuk membentangkan terlebih dahulu mengenai RUIU tersebut sebelum memberi apa-apa pendapat.

Hazmi berkata, Amanah secara peribadinya tidak percaya dengan ketelusan yang ditunjukkan oleh BN dalam isu ini memandangkan sehingga kini banyak lagi skandal-skandal lain yang masih menjadi akta rahsia kerajaan.

Malah beliau berkata, sepatutnya kerajaan menunjukkan keberanian dengan menjawab persoalan-persoalan rakyat terutama yang membabitkan wang rakyat.

“Khazanah dan segala harta yang dimiliki rakyat dan kerajaan hanyalah pelaksana tidak seharusnya menjadi aurat kepada rakyat.

“Jangan kerana takut kepada kebenaran maka kerajaan mahu tutup mulut rakyat dengan undang-undang, sekaligus menakut-nakutkan rakyat,”katanya.


Thus Article RUU anti berita palsu dalih kerajaan

Itulah artikel RUU anti berita palsu dalih kerajaan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel RUU anti berita palsu dalih kerajaan dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/ruu-anti-berita-palsu-dalih-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RUU anti berita palsu dalih kerajaan"

Post a Comment