“Stop Lying, Kit Siang. You Got Paid By Robert Kuok”:LKS lapor SKMM

“Stop Lying, Kit Siang. You Got Paid By Robert Kuok”:LKS lapor SKMM - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk “Stop Lying, Kit Siang. You Got Paid By Robert Kuok”:LKS lapor SKMM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : “Stop Lying, Kit Siang. You Got Paid By Robert Kuok”:LKS lapor SKMM
link : “Stop Lying, Kit Siang. You Got Paid By Robert Kuok”:LKS lapor SKMM

Baca juga


“Stop Lying, Kit Siang. You Got Paid By Robert Kuok”:LKS lapor SKMM

Kit Siang lapor SKMM difitnah anti-Islam, dapat dana taikun gula
MALAYSIADATELINE  -  March 1, 2018 5:48 pm
Kesal dijadikan bahan fitnah tidak berkesudahan di laman sosial, ketua ahli parlimen DAP Lim Kit Siang bertindak membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Tokoh veteran DAP itu hadir ke ibu pejabat SKMM pagi tadi bagi membuat laporan terhadap blog The Third Force ekoran fitnah terbaru terhadapnya yang mendakwa beliau menerima dana daripada jutawan Tan Sri Robert Kuok.

Menurut Kit Siang, tulisan bertajuk “Stop Lying, Kit Siang. You Got Paid By Robert Kuok” oleh penulis bernama Raggie Jessy menyenaraikan beberapa dakwaan palsu terhadapnya.

“Bahawa saya telah menerima pembiayaan daripada Robert Kuok. Bahawa pembiayaan selepas pilihan raya itu adalah berjumlah RM100 juta, yang disumbangkan sepanjang tempoh empat tahun.
Kit Siang menyerahkan aduan kepada pegawai SKMM dengan diiringi beberapa pemimpin DAP.

“Bahawa saya adalah seorang ‘evangelis’ yang bertanggungjawab ke atas aktiviti sekumpulan ‘evangelis’ radikal, yang merencana aktiviti bagi mencetuskan perbalahan di antara orang Cina dan orang Islam.

“Bahawa saya, oleh kerana itu, adalah seorang yang anti-Muslim, anti-Islam dan merancang mewujudkan pemerintahan de facto Cina di Malaysia,” ujar Kit Siang membaca teks laporannya.

Menurut ahli parlimen Gelang Patah itu, laporan yang dibuat olehnya bersesuaian dengan peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia tentang penyebaran berita palsu.


Turut sama mengiringi beliau ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng, Adun Kampung Tunku Lau Weng San, dan Ahli Majlis MPKj Young Syefura Othman.

Kit Siang menegaskan, berita palsu adalah ancaman terbesar kepada keamanan, perpaduan dan kesejahteraan rakyat Malaysia kerana ia digunakan untuk melanjutkan kepentingan politik parti kerajaan.

Dalam sebuah forum semalam, Kit Siang terlebih dahulu memberitahu hadirin tentang dakwaan jahat blog terbabit.

“Mungkin saya sahaja dalam dunia ini yang boleh menjadi seorang evangelis, tanpa menganut agama Kristian,” ujarnya.


Thus Article “Stop Lying, Kit Siang. You Got Paid By Robert Kuok”:LKS lapor SKMM

Itulah artikel “Stop Lying, Kit Siang. You Got Paid By Robert Kuok”:LKS lapor SKMM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel “Stop Lying, Kit Siang. You Got Paid By Robert Kuok”:LKS lapor SKMM dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/stop-lying-kit-siang-you-got-paid-by.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "“Stop Lying, Kit Siang. You Got Paid By Robert Kuok”:LKS lapor SKMM"

Post a Comment