Tajuk : Tawaran kerusi PAS menuntun Maria ke pusara politik!
link : Tawaran kerusi PAS menuntun Maria ke pusara politik!
Tawaran kerusi PAS menuntun Maria ke pusara politik!
PAS tawar Maria Chin kerusi untuk bertanding
mk | Dikemaskini 11 Mac 2018, 11:42 malam
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Suhaimi Embong menawarkan bekas pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah untuk bertanding di bawah Gagasan Sejahtera, sebuah gabungan parti politik pimpinan PAS.
Mohd Suhaimi membuat tawaran itu selepas maklum Maria berhadapan cabaran dalam mendapat kerusi daripada gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN).
"HARAPAN berdolak-dalik...tapi bagi Gagasan Sejahtera, kami akan benarkan beliau bertanding," kata beliau pada suatu majlis PAS di Lembah Pantai, Kuala Lumpur hari ini.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohd Suhaimi berkata PAS bersedia berbincang syarat-syaratnya dengan Maria jika beliau mahu bertanding di bawah Gagasan Sejahtera.
"Kami akan tawarkan kerusi kepada NGO lain...PAS terbuka, PAS selalu terbuka," kata beliau.
Mohd Suhaimi juga berkata PAS turut bersedia menawarkan sebuah kerusi kepada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR.
Maria secara rasmi meletakkan jawatan sebagai pengerusi BERSIH pada 6 Mac lalu.
Beliau mahu bertanding kerusi parlimen supaya dapat menjadi wakil masyarakat sivil di Dewan Rakyat.
Maria tidak berhasrat menyertai mana-mana parti politik tetapi sedang berbincang dengan HARAPAN agar menawarkan kerusi kepadanya.
Namun, PKR menekankan agar beliau menyertai parti itu terlebih dahulu tetapi membayangkan mereka bersedia berbincang walau pun beliau enggan menyertai parti.

Thus Article Tawaran kerusi PAS menuntun Maria ke pusara politik!
Itulah artikel Tawaran kerusi PAS menuntun Maria ke pusara politik! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tawaran kerusi PAS menuntun Maria ke pusara politik! dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/tawaran-kerusi-pas-menuntun-maria-ke.html
0 Response to "Tawaran kerusi PAS menuntun Maria ke pusara politik!"
Post a Comment