Tuntutan Azeez tidak dilayan, sebaliknya 'jumpa di mahkamah' kata LGE

Tuntutan Azeez tidak dilayan, sebaliknya 'jumpa di mahkamah' kata LGE - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tuntutan Azeez tidak dilayan, sebaliknya 'jumpa di mahkamah' kata LGE, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tuntutan Azeez tidak dilayan, sebaliknya 'jumpa di mahkamah' kata LGE
link : Tuntutan Azeez tidak dilayan, sebaliknya 'jumpa di mahkamah' kata LGE

Baca juga


Tuntutan Azeez tidak dilayan, sebaliknya 'jumpa di mahkamah' kata LGE

Bayaran RM3 juta: Jumpa di mahkamah, kata Lim pada Azeez
mk  |  Dikemaskini 6 Mac 2018, 3:18 petang
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak akan memohon maaf kepada Datuk Seri Abdul Azeez berhubung isu dakwaan Anggota Parlimen Baling itu menerima bayaran RM3 juta daripada Konsortium Zenith Construction dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Beliau sebaliknya sedia berdepan tindakan saman daripada Abdul Azeez.

"Azeez, tolonglah. Kami akan lawan saman tersebut," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Abdul Azeez memberi Lim tempoh sehingga minggu depan untuk menarik balik kenyataan dan membuat permohonan maaf secara terbuka di media kerana mengaitkannya dengan dakwaan tersebut.

Beliau berkata telah mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan ke pejabat Lim dan rumahnya di Pulau Pinang, semalam.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata belum menerima surat itu kerana berada di Kuala Lumpur bagi mengikuti sidang Dewan Rakyat yang bermula semalam.

"Saya belum balik ke Pulau Pinang, saya kena semak dulu," katanya lagi.

Pada 28 Februari lalu, Lim mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak menahan Abdul Azeez walaupun terpalit dakwaan menerima RM3 juta daripada Zenith sebagai bayaran rundingan untuk projek terowong dasar laut di negeri itu.

Isu ini bermula apabila Zenith menghantar surat tuntutan kepada Abdul Azeez kerana didakwa gagal memberi khidmat rundingan untuk "memastikan kepentingan konsortium" dalam projek itu, walaupun telah menerima bayaran tersebut.

Abdul Azeez menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis. Beliau kemudian memaklumkan Zenith telah menarik balik surat tuntutan itu.

Lim sebelum ini berulang kali menegaskan projek tersebut "bersih" dan diserahkan kepada Zenith pada 2013 melalui jawatankuasa tender terbuka, yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Farizan Darus.


Thus Article Tuntutan Azeez tidak dilayan, sebaliknya 'jumpa di mahkamah' kata LGE

Itulah artikel Tuntutan Azeez tidak dilayan, sebaliknya 'jumpa di mahkamah' kata LGE Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tuntutan Azeez tidak dilayan, sebaliknya 'jumpa di mahkamah' kata LGE dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/tuntutan-azeez-tidak-dilayan-sebaliknya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tuntutan Azeez tidak dilayan, sebaliknya 'jumpa di mahkamah' kata LGE"

Post a Comment