Tajuk : [Video 60 Tahun Dibawah UMNO, Rakyat Mahu Perubahan] Pengundi Padang Rengas malu dengan kebiadaban Nazri.
link : [Video 60 Tahun Dibawah UMNO, Rakyat Mahu Perubahan] Pengundi Padang Rengas malu dengan kebiadaban Nazri.
[Video 60 Tahun Dibawah UMNO, Rakyat Mahu Perubahan] Pengundi Padang Rengas malu dengan kebiadaban Nazri.
Isnin, 5 Mac 2018Pengundi Padang Rengas malu dengan kebiadaban Nazri
PENGUNDI Cina di Padang Rengas malu dan berang dengan kenyataan biadap ahli Parlimen mereka terhadap jutawan Robert Kuok.
Tanpa mengira hubungan politik, penduduk kampung menggelengkan kepala apabila ditanya mengenai pandangan mereka terhadap pertikaman lidah antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri Aziz dan MCA berhubung kenyataan itu.
Penduduk di dua dari empat kampung baru Cina di kawasan luar bandar pada mulanya tidak mahu memberi komen. Bagaimanapun, kemarahan mereka itu jelas sebaik saja membuka mulut.
Nazri yang sudah lima penggal menjadi ahli Parlimen Padang Rengas menggelar Kuok "pondan" dan mencabar ahli perniagaan berusia 94 tahun itu bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas tuduhan bahawa belaiu membiaya DAP untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Kuok menafikan tuduhan itu.
Timbalan Ketua MCA Padang Rengas Fon Kwi Lan berkata Nazri memburukkan lagi keadaan kerana enggan meminta maaf pada Kuok.
Ketua kampung Kampung Baru Limau Katil itu mengadu penduduk tidak berpuas hati dengan menteri itu yang jarang melawat mereka.
"Sepanjang lima tahun yang lepas, dia hanya datang sekali saja, iaitu pada majlis Tahun Baru Cina tahun lepas anjuran kelab Aunties (Padang Rengas)." kata Fon.
Seorang anhli DAP dari Kampung Baru Padang Rengas yang mahu dikenali sebagai Wong merasakan tidak sesuai bagi seorang menteri bersikap sebegitu kasar.
"Saya tak mahu cakap banyak... Kita dah jadi bahan jenaka negara," katanya kepada The Malaysia Insight.
Nazri mempertahankan kerusi Padang Rengas dari PKR dengan majoriti tipis sebanyak 2,230 undi pada 2013 dan 1,749 undi pada 2008.
Dengan hampir 30,000 pengundi berdaftar yang mana kebanyakannya adalah pekebun kecil dan penoreh getah, kerusi luar bandar di utara Perak terdiri dari 75% Melayu, Cina (15%0 dan India (10%). – 4 Mac, 2018.
The Malaysian Insight.
Thus Article [Video 60 Tahun Dibawah UMNO, Rakyat Mahu Perubahan] Pengundi Padang Rengas malu dengan kebiadaban Nazri.
Itulah artikel [Video 60 Tahun Dibawah UMNO, Rakyat Mahu Perubahan] Pengundi Padang Rengas malu dengan kebiadaban Nazri. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel [Video 60 Tahun Dibawah UMNO, Rakyat Mahu Perubahan] Pengundi Padang Rengas malu dengan kebiadaban Nazri. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/video-60-tahun-dibawah-umno-rakyat-mahu.html
0 Response to "[Video 60 Tahun Dibawah UMNO, Rakyat Mahu Perubahan] Pengundi Padang Rengas malu dengan kebiadaban Nazri."
Post a Comment