Tajuk : [Video Kenapa MIC Bacul Takut Bawa Indian Blue Print Najib Umno] ‘Mamu Parpu’ tak tahu hujung pangkal cerita, buat laporan setelah tonton TV3.
link : [Video Kenapa MIC Bacul Takut Bawa Indian Blue Print Najib Umno] ‘Mamu Parpu’ tak tahu hujung pangkal cerita, buat laporan setelah tonton TV3.
[Video Kenapa MIC Bacul Takut Bawa Indian Blue Print Najib Umno] ‘Mamu Parpu’ tak tahu hujung pangkal cerita, buat laporan setelah tonton TV3.
Isnin, 26 Mac 2018‘Mamu Parpu’ tak tahu hujung pangkal cerita, buat laporan setelah tonton TV3
Seorang blogger pro-Barisan Nasional (BN) yang menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyalahgunakan kuasa kononnya membeli rumah di Jalan Pinhorn dengan harga rendah sebelum ini, mengaku di mahkamah tidak mengetahu bila dan berapa bilangan rumah yang dimiliki.
“Saya tidak tahu,” itu kata Mohsin Abdul Latiff, 34, penulis blog yang menggunakan nama Mamu Parpu ketika disoal peguam Gobind Singh Deo di depan Hakim Hadhariah Syed Ismail dalam perbicaraan kes tersebut hari ini di Pulau Pinang.
Menurut Mohsin, dia tidak tahu mengenai nilai atau tarikh pembelian rumah tersebut ketika pertama kali membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan hanya mengakui rumah tersebut dimiliki pada 2008.
Mohsin berkata, dia membuat laporan SPRM tersebut adalah berdasarkan laporan bertita TV3 pada 2015 yang memaparkan perbahasan antara Guan Eng dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shahbudin Yahya di Dewan Rakyat.
Di sebalik laporannya itu, dia turut menafikan mempunyai kepentingan politik terhadap Setiausaha Agung DAP itu.
“Itu tidak betul. Saya membuat laporan itu selepas menonton berita di TV3 mengenai perbahasan antara Lim dan Shabudin di Parlimen,” katanya lapor The Malaysian Insight.
Apa yang menjadi persoalan Gobind, laporan berita TV3 tersebut didengar pada tahun 2015 tetapi laporan daripada blogger pro-BN itu kepada SPRM pula mengatakan 2016 dan mendakwa rumah tersebut dibeli pada 2008.
Ketika ditanya, Mohsin juga mengakui memproleh maklumat daripada blog sebelum membuat laporan ke SPRM dan tidak mengetahu sebarang butiran penilaian tanah dan harta tersebut.
Dia juga mengaku tidak tidak merujuk kepada mana-mana penilai atau pakar hartanah mengenai nilai rumah itu. – Roketkini.com
Thus Article [Video Kenapa MIC Bacul Takut Bawa Indian Blue Print Najib Umno] ‘Mamu Parpu’ tak tahu hujung pangkal cerita, buat laporan setelah tonton TV3.
Itulah artikel [Video Kenapa MIC Bacul Takut Bawa Indian Blue Print Najib Umno] ‘Mamu Parpu’ tak tahu hujung pangkal cerita, buat laporan setelah tonton TV3. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel [Video Kenapa MIC Bacul Takut Bawa Indian Blue Print Najib Umno] ‘Mamu Parpu’ tak tahu hujung pangkal cerita, buat laporan setelah tonton TV3. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/video-kenapa-mic-bacul-takut-bawa.html
0 Response to "[Video Kenapa MIC Bacul Takut Bawa Indian Blue Print Najib Umno] ‘Mamu Parpu’ tak tahu hujung pangkal cerita, buat laporan setelah tonton TV3."
Post a Comment