Tajuk : Warisan vs UMNO: Kenapa UMNO perlu dikalahkan di Sabah
link : Warisan vs UMNO: Kenapa UMNO perlu dikalahkan di Sabah
Warisan vs UMNO: Kenapa UMNO perlu dikalahkan di Sabah
Friday, March 2, 2018
WARISAN LWN UMNO DI SABAH
KENAPAKAH UMNO PERLU DIKALAHKAN DI SABAH
Tajuk ini saya pilih berlandaskan faktor sejarah yang akan saya huraikan.
Tujuan Sabah dan Sarawak menyetujui untuk bersama dengan Semenanjung Tanah Melayu dalam sebuah negara Malaysia ialah untuk mencapai kemerdekaan. Ternyata pemimpin-pemimpin Sarawak sekarang ini, sekurang-kurangnya dalam kenyataan-kenyataan akhbar, lebih merdeka dari pemimpin-pemimpin di Sabah. Kemerdekaan ini wujud kerana UMNO tidak ada di Sarawak dan pemimpin UMNO tidak memimpin Sarawak.
Pemimpin-pemimpin Sarawak juga, walaupun berada dalam cabinet, tidak nampak mengabdikan diri kepada pemimpin kerajaan pusat sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin Sabah, dari UMNO, yang ditugaskan untuk berbuat demikian.
Parti Bumiputra Bersatu di Sarawak ialah sebuah parti tempatan dan pemimpinnya, yang juga pemimpin kerajaan di Sarawak mewakili kepentingan dan memberi keutamaan kepada Sarawak kerana ianya bukan cawangan dari sebuah parti bersifat nasional seperti UMNO. Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah, hanyalah seorang sahaja dari antara 12 orang pemimpin UMNO negeri, 11 darinya dari negeri dan wilayah di Semenanjung dan Labuan.
Begitu juga kedudukan dalam kabinet persekutuan. Menteri dari Sabah, yang lemah wataknya, lebih mewakili kerajaan pusat untuk mengikat Sabah dan bukan Menteri yang berani mewakili Sabah dalam kabinet persekutuan. Keadaan ini berbeza dari keadaan di zaman Tun Dato' Mustapha menjadi menteri pusat atau di waktu Dato' Seri Shafie Apdal menjadi ahli kabinet. Malahan kita tahu bahawa Dato' Seri Shafie Apdal telah dipecat dalam usahanya menyelamatkan Malaysia dari belenggu hutang 1MDB dan bukan khusus kerana menimbulkan masalah di Sabah. Lain kedudukannya dengan Menteri dari parti-parti di Sarawak yang tidak merupakan cabang dari UMNO.
PAHLAWAN SILAM DI SABAH DAN SARAWAK
Walau pun di Sabah dan Sarawak sudah lama ada pahlawan, pejuang dan berbagai pergerakan yang menentang penjajahan sehingga ramai yang terkorban seperti Rosli Dhobi dan Awang Rambli, tetapi kebijakan pemimpin dan tokoh di ketiga wilayah ini untuk mencapai persetujuan bagi Sabah, Sarawak dan Semenantjung Tanah Melayu dengan cara bergabung dalam sebuah negara Malaysia bermula kerana keadaan politik di Indonesia dan Singapura di waktu itu.
BRITISH TAKUT PADA INDONESIA DAN SINGAPURA
Pihak British di zaman Indonesia dipimpin oleh Soekarno telah merasa bimbang dengan pengaruh komunis di Indonesia di bawah pimpinan D. N. Aidit yang begitu rapat mendampingi Soekarno.
Di Singapura pula, pemimpin parti PAP Lee Kuan Yew, yang di kala itu mirip kepada fahaman sosialis, juga bimbang jika perjuangan parti PAP yang semakin berpengaruh akan memaksa pihak British untuk memerdekakan Singapura dari penjajahannya.
Faktor sebenarnya yang membimbangkan pihak British adalah berkaitan adanya Selat Melaka sebagai saluran lautan bebas yang menghubungi lantan India dengan lautan China.
Antara Singapura dan Indonesia, kerana jauhnya antara dua daratan dari dua negara ini tidak luas maka tidak ada laluan bebas antarabangsa yang boleh dilalui oleh kapal-kapal dari Lautan India ke Lautan China tanpa izin melalui lautan salah satu dari dua negara ini.
Oleh itu pihak British perlu menghalang kemungkinan dua buah negara ini, jika merdeka, bekerjasama atas dasar fahamaan komunis/sosialis di dua negara sehingga mereka boleh menutup laluan Selat Melaka dari dilalui oleh kapal dari negara yang dianggap anti komunis/sosialis.
Pada mulanya pihak British telah menawarkan kepada Malaya untuk menerima Singapura sebagai sebahagian dari negara Malaysia yang baru. Dengan kemasukan Singapura ke dalam Malaysia pihak British mengharapkan pemimpin-pemimpin di Malaya dapat menjamin tidak merebaknya fahaman sosialis di Singapura kerana Malaysia boleh mengguna ISA sebagai akta yang boleh menghalang kemaraan fahaman komunis/sosialis itu.
Walau bagaimana pun pemimpin-pemimpin Melayu di Malaya tidak bersetuju untuk bergabung dengan Singapura kerana takut jumlah pengundi etnik China akan melebihi Melayu dalam negara baru Malaysia.
Oleh kerana pada waktu yang sama perjuangan untuk kemerdekaan Sabah dan Sarawak juga semakin membara, walaupun tidak sekencang perjuangan untuk kemerdekaan Singapura, maka hasil perundingan dengan pemimpin-pemimpin di Sabah dan Sarawak maka satu persetujuan telah tercapai untuk bergabung sama dengan Singapura dalam Malaysia.
Walaupun sebahagian besar dari penduduk Sabah dan Sarawak terdiri dari bukan Melayu dan bukan Islam, untuk menjadikan penubuhan Malaysia sebagai satu wadah yang tidak membimbangkan maka kalimat BUMIPUTERA telah dikeramatkan. Dalam kalimat BUMIPUTERA terangkum suku Kaum Asli di Sabah dan Sarawak yang bukan Melayu dan bukan Islam atau beragama Kristian. Dalam kalimat BUMIPUTERA ini termasuk penduduk Sabah dan Sarawak yang berugama Islam tetapi terdiri dari kaum yang bukan Melayu.
Walaupun dalam negara Malaysia jumlah Melayu tidak lagi menjadi majoriti tetapi melalui kalimat BUMIPUTERA, besama dengan penduduk asli di Sabah dan Sarawak kita menjadi majority, atau sekurang-kurangnya BUMIPUTERA melebihi kaum China apabila Singapura digabungkan dalam Malaysia.
BRUNEI TERSELAMAT DARI BELENGGU KLEPTOKRASI
Di peringkat awal Brunei juga telah dirancangkan untuk turut sama bergabung dalam Malaysia. Tetapi, oleh kerana kebijaksanaan pemimpin Brunei, khususnya Raja yang memerintah, Brunei telah tidak turut serta. Kebijaksanaan ini terserlah kini memandang Brunei terselamat dari kongkongan pemimpin kleptokratik di Malaysia masakini. Jika Brunei turut serta dalam Malaysia sudah tentu nama Brunei tidak akan seharum namanya sekarang ini sebagai sebuah negara Melayu, Islam dan Beraja.
Apabila Singapura berada dalam Malaysia, fahaman sosialisma parti PAP telah menular sehingga menjadi ancaman kepada politik UMNO di Malaysia.
Lantaran itu Tengku Abdul Rahman Putera telah mengeluarkan Singapura dari Malaysia.
Bila sudah Merdeka Singapura tidak lagi menganut fahaman sosialis dalam pemerintahannya. Sosialisma Singapura sebenarnya merupakan satu helah untuk menghakiskan feudalisma dan kronisma Melayu.
Oleh kerana Lee Kuan Yew terkenal sebagai seorang sosialis di kalangan pelajar-pelajar di Britain sebelum Singapura merdeka, maka dalam satu pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia dan Singapura di London ada pelajar yang bertanya Lee Kuan Yew atas sebabnya beliau tidak mengamalkan sosialisma dalam negara Singapura yang merdeka di bawah pimpinannya; sedangkan beliau sibuk dengan sosialismanya waktu di bawah British dan di waktu berada dalam Malaysia.
Saya terdengar jawapan Lee Kuan Yew: 'Di akhir hayatnya Lenin sendiri tidak yakin dengan sistem ekonomi komunis yang diperkenalkannya di Russia sehingga Lenin menjadi revisionis dan menggubal dasar baru yang dinamakan DASAR EKONOMI BARU dan memperkenalkan STATE CAPITALISM.'
Harry Lee (nama timangan Lee Kuan Yew) menyambung, 'Di Singapura kita tidak membina kapitalis dari kalangan rakyat Singapura, walaupun ramai kapitalis dari kalarangan rakyat Malaysia dan Indonesia di Singapura, tetapi kami mendirikan TEMASIK sebagai sebuah syarikat milik Negara sekaligus milik rakyat Singapura. TEMASIK, yang mewakili Singapura dalam dunia kapitalisma, menjadi menjadi kaya, tetapi rakyat Singapura mendapat gaji dan kemudahan hidup yang lumayan dan mutu hidup yang tinggi. Itulah 'SOSIALISMA YANG BOLEH BERJAYA' (Socialism that works). Saya telah hadir dalam perjumpaan di mana Lee Kuan Yew berkata demikian walaupun tafsiran saya kurang lengkap sebagaimana yang diketengahkannya.
NEGERI YANG BERNASIB BAIK DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Jelas kelihatan sekarang ini dua buah negeri di Semenanjung sangat bernasib baik kerana diperintah oleh bukan UMNO/BN, iaitu negeri Selangor dan Pulau Pinang. Dua buah negeri ini, selain Sarawak di timur, mempunyai tabungan 'reserve' wang yang begitu banyak. Seandainya UMNO/BN yang memerintah ketiga buah negeri ini sudah tentu nasib tabungan mereka akan terancam seperti terancamnya FELDA, LUTH, FELCRA, KWSP, KWAP, LTAT, MARA, PROTON, TANAH-TANAH BERHARGA DI KUALA LUMPUR dan LANGKAWI, GLCs dan lain-lain lagi.
Trengganu bernasib baik kerana KDYMM Tuanku Sultan sempat menghalang konsesi minyak dilaut tidak disedut oleh TIA (Trengganu Investment Authority) sehingga akhirnya nama ditukar menjadi 1MDB dan hutangnya dijamin oleh Kerajaan Malaysia, yang akhirnya ditanggung oleh rakyat jelata.
NEGERI YANG PERNAH DIPERINTAH OLEH PAS
Walaupun Trengganu pernah sekejap diperintah oleh PAS tetapi dua buah negeri lain yang pernah diperintah oleh PAS ialah Kedah dan Kelantan, yang sehingga sekarang masih di bawah pemerintahan PAS. PAS di Trengganu tidak begitu kuat dan besar bergantung kepada karisma Dato' Haji Hadi Awang. PAS di Kedah dan Kelantan, subur kerana banyaknya pondok yang biaya untuknya datang dari zakat yang dibayar kepada pondok oleh penanam padi. Padilah, yang pada mulanya menjadi sumbir kewangan yang menyuburkan pertumbuhan sekolah ugama rakyat atau pun pondok (Teori 3 P = Padi, Pondok dan Pas). Itulah sebabnya di kawasan yang ada padi saja wujudnya pondok di seluruh Semenanjung.
UMNO tidak untung dengan menguasai negeri yang miskin seperti Kelantan dan Kedah.
Walau bagaimana pun, dengan jasa Tun Dr. Mahathir, Langkawi sudah menjadi kumpulan pulau yang sangat berharga. Maka ianya menjadi sasaran kleptokrat yang berhasrat menjadikannya pusat pelancongan berlandaskan maksiat seperti di Monarco. Di Monarco di dapati banyak pusat judi kasino, pelacuran. LGBT dan menjadi pusat pelancongan untuk selebriti dunia. Langkawi juga boleh menjadi 'second home' bagi rakyat asing yang mampu membeli condominium yang mahal yang di luar kemampuan penduduk Langkawi dan Kedah untuk membelinya. Penghalang besar kepada tercapainya hasrat ini ialah Dato' Seri Mukhriz Mahathir. Apabila Mukhriz dapat disingkir tokoh kleptokrat terhalang kerana kuasa Istana yang anti judi.
Ketua-ketua UMNO Bahagian di Kelantan, jika tidak dibenarkan bertanding, untuk menang, menjadi Ahli Parlimen atau terus menjadi Menteri, lebih suka negerinya diperintah oleh PAS. Dengan demikian, perbelanjaan untuk kawasan-kawasan Parlimen akan disalurkan oleh Menteri Kerajaan Pusat, khususnya dengan pengaruh Menteri yang ramai berasal dari Kelantan, akan disalurkan melalui Ketua UMNO Bahagian. Ketua UMNO Bahagian akan beruntung jika PAS memerintah Kelantan. Tetapi, dalam keadaan UMNO/BN besar kemungkinan akan kalah dalam PRU ke 14, maka satu sistem silap mata sedang diatur sesama UMNO/PAS kerana UMNO dan PAS sama-sama tidak mahu kalah di Kelantan.
Oleh kerana dana yang banyak diperlukan oleh PAS untuk bertanding dalam pilihanraya maka Presiden PAS Dato' Haji Hadi Awang, yang tidak menguasai mana-mana negeri, terpaksa mencari dana dari sumbir yang banyak wang dari hutang yang bertimbun atau yang kononnya menerima derma halal dari sumbir negara di mana terletaknya Kaabah. Jika PAS di satu masa dulu sanggup menggadai Tanah di Selatan Kelantan kepada Taukeh di Singapura untuk mendapat biaya pilihanraya, apatahlagi jika ada pihak yang sanggup bermain silap mata dengan PAS asalkan ada biaya untuk PRU ke 14.
Oleh itu, penulis menyeru supaya rakyat Sabah akan memilih parti tempatan, WARISAN, dalam PRU ke 14, Pulau Pinang dan Selangor akan kekal di bawah PAKATAN HARAPAN. Langkawi akan diselamatkan dengan mengalahkan UMN/BN di Kedah. Kelantan akan menolak UMNO dan PAS untuk memilih PAKATAN HARAPAN di Kelantan. Johor akan menunjuk taringnya dan tidak merestui Tan Sri Muhyiddin Yasin, mantan Menteri Besar Johor dan mantan Timbalan Perdana Menteri dihina dengan pemecatan semata-mata kerana bertanya fasal 1MDB untuk mencari jalan supaya Malaysia dapat diselamatkan.
Posted by Sanusi Junid at 10:24 AM

Thus Article Warisan vs UMNO: Kenapa UMNO perlu dikalahkan di Sabah
Itulah artikel Warisan vs UMNO: Kenapa UMNO perlu dikalahkan di Sabah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Warisan vs UMNO: Kenapa UMNO perlu dikalahkan di Sabah dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/warisan-vs-umno-kenapa-umno-perlu.html
0 Response to "Warisan vs UMNO: Kenapa UMNO perlu dikalahkan di Sabah"
Post a Comment