Wow.......cukup keras hunjaman peluru Rafidah kali ni!

Wow.......cukup keras hunjaman peluru Rafidah kali ni! - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Wow.......cukup keras hunjaman peluru Rafidah kali ni!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Wow.......cukup keras hunjaman peluru Rafidah kali ni!
link : Wow.......cukup keras hunjaman peluru Rafidah kali ni!

Baca juga


Wow.......cukup keras hunjaman peluru Rafidah kali ni!

* Hebat, kali ini semua yang terpalit terkenan hamburan peluru hidup Rafidah

Rafidah jawab Raja Petra selepas dituduh salah guna permit import
TMI · Diterbitkan pada 8 Mar 2018 5:59PM
Rafidah Aziz hari ini menyangkal keras dakwaan Raja Petra yang kononnya bekas menteri perdagangan antarabangsa itu menyalah guna AP. Katanya, semua urusan berkaitan dirinya dilakukan mengikut ketetapan undang-undang, malah beliau telah pun menjelaskan isu ini di Parlimen pada 2005. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mac, 2018

RAFIDAH Aziz hari ini menghentam sebuah blog yang menuduh beliau menyalah guna Permit Import (AP) ketika menjawat menteri perdagangan antarabangsa.

Walaupun tidak menamakan penulis blog berkenaan, jelas sekali individu yang dihentamnya itu ialah blogger Malaysia Today Raja Petra Kamarudin. Semalam blog itu memuat naik rencana bertajuk “Rafidah, Ratu AP.”

“Mereka fikir AP ini atuk saya punya, betujuan untuk jaga periuk nasi keluarga? Jangan sekali-kali cuba untuk rosakkan nama baik MITI yang saya terajui selama 21 tahun.

“Isu AP bukan isu pun. Saya sudah jelaskan di Parlimen, cukup! Sila semak hansard Parlimen sebelum tuduh saya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Jelas Rafidah, semua urusan berkaitan dirinya dilakukan mengikut ketetapan undang-undang, malah beliau telah pun menjelaskan isu ini di Parlimen pada 2005.

Raja Petra mendakwa Rafidah menyalah guna kuasa sebagai menteri dengan memberikan AP kepada kroninya termasuklah pengasas Naza allahyarham SM Nasimuddin SM Amin.

“Saya tak takut dengan manusia lemah, terutamanya orang yang berada dalam lumpur kotor, yang nurani mereka penuh dengan kejahatan.

“Saya cuma takut dengan tuhan yang maha berkuasa, maha menghukum dan kemurkaan-Nya. Suatu hari nanti kita semua akan meninggal dunia.

“Lebih baik mati untuk negara daripada mati sebagai pembelot yang memalukan negara saya,” katanya.

Jelas bekas ketua Wanita Umno itu, beliau tidak pernah ditekan oleh mana-mana bekas perdana menteri sepanjang menjawat jawatan, malah ujarnya, beliau sentiasa bekerja sebagai ahli perniagaan wanita berbanding politikus.

“Saya tidak pernah jadi pak turut kepada mana-mana perdana menteri. Sama ada Tun Razak, Tun Hussein, mahu pun Tun Mahathir atau Tun Abdullah Badawi. Saya tak risau untuk bersetuju dengan mereka.

“Saya bukan politikus dalam kerajaan. Saya adalah dan masih seorang teknokrat yang berintegriti dan sedar diri,” kata Rafidah.

Ujarnya, serangan terbaharu terhadapnya itu adalah kerana beliau bersuara mengenai isu berkaitan negara seperti rampasan kapal layar mewah Equanimity.

Selepas pihak berkuasa Indonesia merampas kapal layar mewah itu minggu lalu, Rafidah mempersoalkan kenapa pihak berkuasa tidak dapat mengesan kapal itu sedangkan beliau sendiri dapat mengesan ketika mengikuti aktiviti menyelam di Phuket tahun lalu.

The Equanimity dimiliki Jho Low atau Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kapal layar mewah itu disita oleh pihak berkuasa Indonesia yang bekerjasama dengan Biro Penyisatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) di Bali minggu lalu.

“Saya tak sembang kosong. Saya hanya bersuara tentang isu yang memberi kesan kepada rakyat dan negara.

“Saya bersuara bila saya nampak ada yang tak kena, (apabila) mereka membawa masalah dan memalukan rakyat dan negara.

“Saya suarakan isu dan masalah yang secara langsung memberi kesan kepada Rakyat… dalam mantera yang diubah sedikit berdasarkan (slogan) ‘Rakyat Didahulukan…’”

“Rakyat dahulu? Betulkah?… (rakyat) ‘dahulu’ yang dapat kesan negatif, (rakyat) ‘dahulu’ yang menanggung beban, (rakyat) ‘dahulu’ yang dapat malu, (rakyat) ‘dahulu’ yang menanggung kesan daripada segala masalah yang serabut,” kata Rafidah.

Bekas Menteri Kabinet itu berkata, beliau akan sentiasa menyuarakan pandangannya tanpa niat jahat, selain menambah ia adalah haknya untuk bersuara.

Tambahnya lagi, beliau kerap ditanya oleh orang luar dan sahabat handai, kenapa beliau tidak ada pengawal peribadi bila ditemui di kawasan terbuka seperti kedai, pasar raya atau pun hospital.

“Saya beritahu mereka saya dah bersara, jadi tak perlu ada pengawal peribadi. Tujuan mereka tanya itu kerana saya seorang yang berani bersuara. Sesetengah orang mungkin tak suka.

“Sudah tentu kawan-kawan akan berkata (secara berseloroh)… awak mungkin akan hancur… atau disimen dalam tong…” katanya.

Ketika krisis pada 2005 sehingga kini, Rafidah masih kekal dengan pendiriannya. Malah, beliau turut menerbitkan senarai pemegang AP sejak 1970 hingga 2005. – 8 Mac, 2018.


Thus Article Wow.......cukup keras hunjaman peluru Rafidah kali ni!

Itulah artikel Wow.......cukup keras hunjaman peluru Rafidah kali ni! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Wow.......cukup keras hunjaman peluru Rafidah kali ni! dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/wowcukup-keras-hunjaman-peluru-rafidah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Wow.......cukup keras hunjaman peluru Rafidah kali ni!"

Post a Comment