Dendam dan nak lenyapkan rasa malu 'terkucil' di forum ke ni?

Dendam dan nak lenyapkan rasa malu 'terkucil' di forum ke ni? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dendam dan nak lenyapkan rasa malu 'terkucil' di forum ke ni?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dendam dan nak lenyapkan rasa malu 'terkucil' di forum ke ni?
link : Dendam dan nak lenyapkan rasa malu 'terkucil' di forum ke ni?

Baca juga


Dendam dan nak lenyapkan rasa malu 'terkucil' di forum ke ni?

Kerana jumpa Mahathir, 2 ulama dihina
MALAYSIA DATELINE  -  April 2, 2018 7:23 am
Kerana berjumpa sahaja, 2 ulama sudah didakwa tunduk kepada Tun Mahathir.

Kerana bertemu dengan calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), lidah rasmi Pas, Harakahdaily telah melebel dua ulama sebagai tunduk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia berlaku apabila Pengerusi Penasihat AMANAH Ustaz Ahmad Awang dan timbalannya, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin menemui Dr Mahathir baru-baru ini.

Harakahdaily menyiarkan laporan itu berdasarkan tulisan seorang pensyarah sebuah universiti yang menjadi pembodek parti Islam itu yang baru-baru ini didakwa ‘terkucil’ di depan bekas perdana menteri itu.

Bagi Ustaz Wan Ji Wan Husin, ia adalah satu tindakan menghina kedua-dua individu berkenaan oleh Harakah.

Walaupun hasrat ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Samsuddin mahu bergabung tenaga dengan Tun Dr Mahathir yang mahu memastikan BN kalah dalam PRU pada kali ini, pihak Harakah menerbitkan satu tulisan yang menghina dua tokoh ulama Malaysia ini, tulis Wan Ji.

“Bila penasihat umum dan timbalan Penasihat umum PAN sendiri sudah tunduk mengalah kepada Tun Dr Mahathir dalam isu-isu melibatkan aqidah dan syariah” lapor Akhbar milik Pas terbabit.

Sebelum ini, katanya, berkali-kali pimpinan Pas menampilkan perasaan tidak gembira apabila Tun Dr Mahathir kelihatan berjaya menguggat kekuatan UMNO dan Barisan Nasional.

“Tindakan kelihatan pro Najib Pas ini amat jelas terjadi semenjak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia,” kata Wan Ji.

Dalam keadaan begitu, ramai mendakwa bahawa Presiden Pas tidak bergembira dengan satu video wawancara bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan kegembiraan apabila mengetahui Tun Dr Mahathir mahu menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional.

“Saya sejak tahun 67 lagi nak kuburkan UMNO, (tetapi) tidak mati-mati lagi. tiba-tiba Dr Mahathir nak matikan Umno, jadi Terima kasih banyak-banyak laa”, ujar Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tidak sukai oleh ramai pemimpin Pas kini, tulis Wan Ji.

Harakah sebelum ini menjadi akhbar alternatif paling popular namun kini sudah hilang bisanya.

Baru-baru ini, 18 kakitangannya diberhentikan selepas tidak mampu lagi menampung perbelanjaannya selepas cetakan dan edarannya jatuh merudum.

Harakahdaily juga telah jatuh merudum dari laman berita nombor dua negara menjelang PRU 13 lalu.

* Bila akhbar kehabisan modal 'copycat' tulisan siPengecut yang berani bertempik bila jauh dari lawan. Memang patut pun akhbar ni nak bungkus!


Thus Article Dendam dan nak lenyapkan rasa malu 'terkucil' di forum ke ni?

Itulah artikel Dendam dan nak lenyapkan rasa malu 'terkucil' di forum ke ni? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dendam dan nak lenyapkan rasa malu 'terkucil' di forum ke ni? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/dendam-dan-nak-lenyapkan-rasa-malu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dendam dan nak lenyapkan rasa malu 'terkucil' di forum ke ni?"

Post a Comment