Inna Lillahi Wa inna ilaihi rajiuun. Selamat mampos Umno!

Inna Lillahi Wa inna ilaihi rajiuun. Selamat mampos Umno! - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Inna Lillahi Wa inna ilaihi rajiuun. Selamat mampos Umno!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Inna Lillahi Wa inna ilaihi rajiuun. Selamat mampos Umno!
link : Inna Lillahi Wa inna ilaihi rajiuun. Selamat mampos Umno!

Baca juga


Inna Lillahi Wa inna ilaihi rajiuun. Selamat mampos Umno!

Mahu tidak mahu, Umno terpaksa akur kepada gesaan Tan Sri Rais Yatim. Umno perlu memohon pengisytiharan mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah sah.

Besok Jumaat, 20 April 2018 pemfailan bagi pembubaran dan pengharaman UMNO akan dibuat pada jam 3.00 petang di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Mungkin selepas itu pula, akan ada usaha untuk medapatkan injunksi mahkamah menghalang umno dari bertanding PRU14 sebab secara teori, parti itu parti haram dan tiada keabsahan utk wujud lagi, apatah lagi untuk bertanding dalam PRU 14 ini!

Talqin Untuk Umno 

Sebelum Umno mampos, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan di sini untuk membacakan talqin untuk bakal arwah Umno ...
Wahai Umno bin Pekembar! Apabila datang dua  malaikat Munkar dan Nakir, janganlah kamu terkentut! 
Ingatlah apa yang engkau selalu katakan dahulu : Hidup Melayu! Hidup Melayu! dan bahwa Takkan Melayu Hilang Di dunia.. 
Kini ketahuilah bahawa kamu wahai Umno  telah mati, tetapi Melayu akan terus hidup... 
Dan amat benarlah akan kata-kata kamu itu, bahawa takkan Melayu hilang di dunia, walaupun kamu wahai Umno kini telah hilang untuk selamanya...

Tan Sri Rais Yatim menggesa anggota Majlis Tertinggi Umno supaya tidak memandang remeh soal perlembagaan dan mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah sah. 

 Veteran Umno itu berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau akan memohon pengisytiharan mahkamah mengenai perkara itu. 

 “Itu bukan kerja saya tapi saya fikir yang bertauliah dalam soal ini ialah (anggota) Majlis Tertinggi (Umno). 

 “Pemimpin-pemimpin besar Umno yang berjawatan sekarang tidak boleh berdiam diri. Mereka harus mendapatkan panduan perundangan yang tepat dan jitu. 

 “Saya beranggapan jika Umno Pusat tidak membuat pilihan ini, mereka akan akan dianggap sebagai mengambil remeh persoalan perlembagaan Umno.  

“Perlembagaan sudah jelas, mati tempohnya April ini,” katanya kepada Malaysiakini. 

 Menurut Rais, adalah jelas bahawa Umno mesti mengadakan pemilihannya selewat-lewatnya, hari ini, iaitu 19 April. 

 Pemilihan parti terakhir adalah pada 19 Oktober 2013. 

 Menurut Fasal 9.3 perlembagaan Umno, Majlis Tertinggi hendaklah dipilih setiap tiga tahun, dengan lanjutan tambahan 18 bulan dibenarkan di bawah Fasal 10.16. 

 Najib, pada Jun 2015, mengumumkan bahawa pemilihan parti akan ditangguhkan, kerana Umno perlu bersiap sedia untuk pilihan raya umum. 

ROS tidak ada kuasa 

Sementara itu, Rais yang juga adalah seorang peguam, berkata bahawa lanjutan 18 bulan memang dibenarkan, tetapi menolak kesahihan untuk lanjutan kedua. 

 “Pada hemat saya memang tak boleh (lanjutan kedua) dibuat oleh Majlis Tertinggi. Harus dibuat setelah proses pemilihan dibuat. 

 “Pendaftar tidak ada kuasa utk menghalalakan keberadaan Umno tanpa pemilihan lebih daripada yang dibenarkan (mengikut) Fasal 10. 

 “Ini penting dibuat sebab pilihan raya umum dah nak datang. Kalau boleh sebaik-baiknya perkiraan di mahkamah perlu dibuat oleh Umno sendiri, jangan dibuat pihak lain sebab soal locus standi akan ditimbulkan.

 “Apabila dapat penghakiman, barulah mudah untuk Umno buat tugas hariannya, jika tidak, memang ramai ahli akan mempersoalkan kesahihan di sisi undang-undang kewujudan Umno itu,” katanya. 

 Rais juga menegaskan bahawa adalah paling afdal bagi anggota Majlis Tertinggi Umno tu sendiri yang memohon pengisytiharan mahkamah. 

 "Ahli biasa pun boleh buat, (tapi) nampak tak cantik (apabila) ahli biasa (berbuat demikian). 

 “Biar Majlis Tertinggi memohon panduan perundangan, supaya kuasa pendaftar bawah Seksyen 14, Akta Pertubuhan dapat diberi penghakimannya yang sahih. 

“Pada hemat saya, melihat peruntukan ini, beliau (pendaftar ROS) tak boleh. 

“Beliau hanya boleh membenarkan lanjutan sekali, selebih tu tak boleh beliau membenarkan tidak ada pemilihan,” katanya. 

  Parti haram? 

 Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor pada Februari lalu berkata bahawa pemilihan parti akan diadakan pada 19 April, 2019, selepas mendapat kelulusan daripada ROS.

 Pada Selasa lalu, bekas menteri Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menulis di Facebook untuk berkongsi pandangan undang-undang seorang rakannya, yang berkata bahawa Umno tidak boleh bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana parti itu dianggap tidak sah selepas April 19. 

 Beliau juga berkata, bahawa ROS tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan lanjutan kedua dan Tengku Adnan merujuk peruntukan yang salah dalam mewajarkan penangguhan itu. 

 Bagaimanapun, Tengku Adnan menegaskan semalam bahawa Umno bukan parti yang haram, dan memberi jaminan kepada ahli-ahlinya bahawa mereka akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14.~ Malaysiakini


Thus Article Inna Lillahi Wa inna ilaihi rajiuun. Selamat mampos Umno!

Itulah artikel Inna Lillahi Wa inna ilaihi rajiuun. Selamat mampos Umno! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Inna Lillahi Wa inna ilaihi rajiuun. Selamat mampos Umno! dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/inna-lillahi-wa-inna-ilaihi-rajiuun.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Inna Lillahi Wa inna ilaihi rajiuun. Selamat mampos Umno!"

Post a Comment