Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta!

Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta! - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta!
link : Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta!

Baca juga


Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta!


 Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mengemukakan surat peletakan jawatan serta-merta hari ini dan membayar pampasan sebulan gaji semata-mata untuk menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

 Kemasukan Sanusi Othman - yang juga adik kepada bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Allahyarham Yahya Othman - diumumkan Naib Presiden AMANAH Husam Musa di Kota Bharu hari ini.

 Kata Husam Sanusi sanggup membayar pampasan sebulan gaji kepada PMBK semata-mata untuk bersama HARAPAN.

 "Pada hari ini beliau meletak jawatan secara rasmi daripada PMBK, dan telah diterima dengan senang hati - atau susah hati - oleh kerajaan Kelantan," katanya.

 Husam yang juga bekas exco kanan Kelantan memberitahu sebelum ini Sanusi pernah berkhidmat sebagai pegawai Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tetapi "disingkirkan" dipercayai ada kaitan dengan pendedahan pernah dibuat mengenai syarikat berkenaan.

 Kata Husam, dengan penyertaan Sanusi bersama AMANAH, HARAPAN Kelantan bercadang memilihnya sebagai seorang daripada calon mereka untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 ini. 

"Kami pimpinan AMANAH Kelantan berbincang untuk mempertimbangkan beliau sebagai salah seorang calon HARAPAN di DUN yang akan kita umumkan kemudian, " katanya.

 Menurut Husam HARAPAN Kelantan bangga dengan penyertaan Sanusi, 48, yang membuat keputusan itu selepas lima tahun menjadi pegawai kanan dalam PMBK.

 Katanya Sanusi melihat kerajaan Kelantan di bawah PAS tidak lagi relevan untuk terus mentadbir negeri itu dengan cekap, telus, bersih serta berkesan.

 "Kerana itu beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan dalam tempoh 24 jam demi melakukan perubahan bersama rakyat Kelantan," katanya. 

Sementara itu, Sanusi berkata penyertaan beliau itu dibuat demi membantu HARAPAN membentuk kerajaan lebih berkesan dan berintegriti. 

"Bagi saya semua orang boleh buat kerja dan ada kepandaian, tetapi yang paling utama ialah integriti, " katanya ringkas. ~ Malaysiakini


Thus Article Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta!

Itulah artikel Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta! dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/ketua-pegawai-operasi-pmbk-setai-amanah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ketua Pegawai Operasi PMBK Setai AMANAH Serta Merta!"

Post a Comment